Wednesday, December 23, 2009

Coretan kosong

Dulu ada seorang yang aku kenal( aku mengatakan aku kenal kerana aku tidak menganggap beliau sebagai kawan tetapi lebih kepada individu yang pernah berurusan dengan aku), sering membandingkan aku dengan dirinya. Katanya dia tidak layak berkawan dengan aku sebab aku seperti terlalu gah, terlalu hebat untuk dirinya, katanya lagi, dia tidak sempurna, dia insan yang jauh lebih lemah. Tapi aku sangkal, aku ragukan. Perlu ke untuk sempurna untuk semua orang bersama? Atau cukup sekadar menjadi manusia

Dulu aku sendiri pernah cakap pada rakan2 aku, yang setiap satu dari kita ini sebenarnya x dicipta sempurna bulat, x semuanya indah, x semuanya kamil. Tapi kita semua dicipta macam sekeping puzzle. korang tau kan puzzle, yang korang cantum2kan supaya dapat membentuk satu objek yang boleh dinilai dan diamati.. macam tu jugak ngn kita

aku, engkau dan dia..semuanya adalah satu puzzle, xde siapa yang sempurna, dan tiada guna mendakwa dan mengejar kesempurnaan. Personally, aku berpendapat kesempurnaan adalah kepuraan. kesempurnaan adalah kecacatan. Kalau korang dah dapat kesempurnaan, apalagi selepas itu? hidup hanya tamat disitu? bosannyer hidup mcm tu.

sebab tu aku lebih suka dianggap puzzle pieces, di satu bahagian, aku adalah seseorang yang melengkapi hidup yang lain, dan disatu bahagian lain, hidup aku pulak dilengkapi oleh orang lain. bukan ke hidup begitu dirasakan leboh bermakna? hidup begitu lebih berjiwa? dan mungkin, cara hidup itulah sebenarnya yang aku fikir sebenarnya bernyawa.

Bila aku tidak sempurna, aku memperbaiki diri, aku meningkatkan jadi diri.

kesilapan? semua orang buat silap... kita bukan nabi yang mafhum

kesalahan? kesalahan cuma satu peluang ntuk kita mengenal kelemahan

kelemahan? kelemahan hanya satu ujian yang perlu diatasi

Jadi kita perlu sintiasa berevolusi, kita perlu sentiasa memperbaiki diri, mungkin hari ini kita jatuh, tapi pastikan esok kita berdiri kembali.

rugi sebenarnya kalau kita tidak pernah jatuh. Sebab kita tidak tahu nikmatnya berdiri kembali

Tapi rakan2.

Tu cuma pendapat peribadi, cuma monolog dalam diri...

5 comments:

  1. leboh bermakna tu ape?ngee...

    ReplyDelete
  2. whooaaaahh!! aku suke post ko yg ni!! (see, aku tak anti ko, ok??) hehe :P

    sape 'kenalan' tu azam?? lol. ex-gf ke?? haha.
    tp, btol gak azam. aku salah sorang orang yang takut nak 'berkenalan' or mnjadi 'kenalan' org yang sempurna bg aku. once kite dh jumpe org yg 'sempurna' di mata kita, kita takut pulak nak memilikinya sbb takut kehilangannya. and,...dream came true,.. aku kehilangannya. huhu. :')

    ok..ok..terlebih plak aku. lupe plak ni bukan blog aku. LOL :))

    ReplyDelete
  3. khali: wah, khalizatul dah pandai bagi komen..tepuk2...semua orang tepuk tangan..hehehehe

    leboh bermakna = kesilapan yg menunjukkan sy tidak sempurna..kih3

    aya khumayra : wah..over plak ko bagi komen yer..bukan ex la, tapi hanya satu individu..

    eleh, dulu ko mmg anti aku..kan2,,..he3...gurau je aya..jangan sedih2 k..keh3

    ReplyDelete
  4. bulatan : baru mu tahu penulisan aku juga sesemat penulisanmu..hahaha

    ReplyDelete