Wednesday, January 6, 2010

kekosongan

lama aku tidak mencoret, bukan aku tidak mempunyai idea, bukan aku tidak mempunyai ilham. bahkan setiap detik dan masa, otak kiri dan kanan ini seringkali berlumba untuk menimbulkan isu untuk dibalahkan, isu untuk diperdebatkan, isu untuk difikirkan.

kebelakangan ini untuk kerja, aku tidak langsung melihat pintu pejabat sebaliknya aku merantau jauh ke Klang untuk melaksanakan amanah, jangan tersilap, ini bukannye aku merungut tetapi sebaliknya ini aku melahirkan kegembiraan. Kerjaya sebagai seorang PROJECT ENGINEER bagaikan satu mimpi menjadi kenyataan. Buat aku setakat ini, Alhamdulillah.. cukup baik , cukup bagus, malahan cukup untuk membuat aku puas.

Tatkala aku mencoret ini, aku sedang terlalu sibuk dengan kerja, sibuk hingga waktu aku hanya untuk diri, tuhan dan kerja..tapi aku berjaya mencuri sedikit waktu dari kesesakan masa yang aku alami, sedikit sangat untuk membiarkan segala yang aku simpan mengalir keluar melalui jari jemari ini.

Tapi cukup dengan kerja.. aku menulis ini bukan kerana kerja, aku menulis kerana cuba membebaskan jiwa. Kadangkala menulis membahagiakan jiwa. Kadangkala menulis membuat aku gembira. dan kadangkala, menulis hanya sekadar mencuba....

Kenapa aku suka berpuitis?

kerana

Aku terasa puitis itu perlu, membuat aku menjadi manusia..

No comments:

Post a Comment