Friday, June 4, 2010

Sahabat

Geng Gunung Datuk
~Chest~
Gassers
~KOREIV'07~

Aku seorang yang suka bersahabat, namun aku tidak pernah sesekali melabelkan diri aku ni sebagai seorang sahabat yang baik apatah lagi mencapai tahap sahabat sejati. Yang aku tau, aku berkawan tanpa memilih kawan, kalau engkau seorang pencuri sekalipun, aku akan menerima engkau sebagai sahabat, asal saja kau tidak menganiaya aku, kalau pun engkau seorang pembunuh dan mat gian, pintu hati ini sentiasa saja menerima engkau asal saja engkau tidak memaksa aku untuk mengikut minat minat engkau.

Namun seperti aku katakan tadi, aku hanya seorang sahabat dan sebagai sahabat, aku tidak pernah suka engkau memperbodohkan diri engkau sendiri. Tidak pernah terdetik untuk aku melihat engkau dicerca dan dihina oleh oleh orang lain hatta dari kawan2 aku sendiri tanpa sedikit merasa tempias dari apa yang mereka perkatakan. Kerana aku sentiasa menganggap engkau sebagai sahabat. Sekali engkau sahabat aku, sehingga ke liang lahad engkau sahabat aku.

Aku bukan dari keluarga bangsawan yang mampu memberi engkau segala kemewahan duniawi, aku jugak bukan golongan cendiakawan untuk memberi engkau kata pujangga berpuitis, aku hanya seorang manusia biasa yang hanya mampu memberikan senyuman pada wajah engkau, seperti mana juga kawan2 yang aku sayang.

Percayala sahabat, setiap hirisan yang terguris dihati kecil engkau, aku juga merasa. Malahan, aku lebih sakit tatkala aku sendiri yang terpaksa mengherdik, memaki dan mencaci engkau. seperti mana aku tidak mahu engkau disakiti orang lain, aku juga tidak rela engkau menyakiti orang lain.

gurau senda, gelak tawa, riang ria, tangisan dan jeritan, doa dan keringat...semua itu menjadi pengikat hubungan kita yang kukuh dan mantap...engaku,aku dan kita semua yang menjadikan itu semua realiti. Tidakkah engkau sedar wahai sahabat, andai satu dari kita berundur, ikatan yang terbina itu tidak akan sama..ia akan hancur, hancur dan berlerai.... sepertimana hati kita yang hancur berderai...

Namun tatkala engaku tumbang dan rakan2 cuba menghulurkan tongkat, engkat ambil dan engkau pukul mereka.engkau herdik mereka.engkau hiris hati mereka kerana engkau mahu mereka juga tumbang, engkau tidak sedar yang melihat engkau jatuh sudah cukup sakit buat rakan rakan engkau .Mungkin pada engkau itu hanya satu ujian kekuatan persahabatan. Mungkin pada engkau, itu adalah ukuran nilai persahabatan ...

Persahabatan yang kita bina...riang tawa yang kita nikmati...jerit tangis yang kita dengar, xkan pernah hilang wahai sahabat. Ikatan yang terbina masih belum terbina tanpa engkau disitu, belum utuh, belum kukuh...belum sempurna

maafkan aku jika aku mengguris hatimu, maafkan aku menambah lukamu..maaf..maafkan aku..

kembalilah sahabat..kembali kepada kami...kepada tempat, engkau sepatutnya berada..

Kazikarin

Thursday, June 3, 2010

H1N1....

Harini ini aku masuk ke opis lewat sikit, sebab tadi aku ke Vantage. Pergi amik RT report untuk hantar PTO ke Gas Malaysia, masuk2 je aku ke opis yang tersergam indah ni, aku telah ditahan oleh kak Ila menyuruh aku meletak dahi aku ke termometer moden (yang stail mcm pistol tu). Dah lama prosedur tapisan H1N1 x dijalnkan diopis aku ni. Last sekali aku ingt masa anak salmiah suspek H1N1 dulu, tupun dah dekat 2 bulan kot kalau x silap aku. Maka terus aku mengagak sendiri ada satu lagi kes seperti ini yang telah terjadi...

Jeng..jeng..jeng...

aku : Kak Ila, ni pehal lak ni..sape plak yang sakit? tanya aku yang cuba mengorek berita

Kak Ila: Faiz, dia suspek H1N1....

( mamat yang bernama faiz adalah seorang Engineer Servis yang berada dalam jarak 30 cm dari aku dan amat kerap kali kami berlepak bersama)

gulp! aku menelan air liur sendiri.. semalam aku last lepak ngn faiz, smlm dia nampak macam ok je...tup2 pagi ni kata mlm tadi dia demam teruk. aku masuk opis tgok semua orang dah jadi kamen rider (pakai mask), dan aku plak mmg dah rasa mcm demam 2,3 hari ni ngn batuk yang amat kerap..maka aku punj mencapai jugak satu mask dan duduk buat keje mc biasa (bosan kan aktiviti aku..keh3..tu pun nk cter)

tapi aku agak gusar dan risau sebenarnya...semalam pun mak aku dah suh g klinik sebab dia kata dia dgr suara aku mcm demam..dia kan mak aku, dia x perlu kuasa psikokinetik utk tahu aku demam...itu namanya naluri ibu..cewah..pepandai je aku..syg mak aku..hahaha

kesimpulannya, aku rasa mlm ni aku nk kene g klinik ar..doa2la aku x kne H1N1...tapi papepun aku mendoakan yang terbaik untuk Faiz...Yosh Faiz!!!!