Wednesday, December 23, 2009

Coretan kosong

Dulu ada seorang yang aku kenal( aku mengatakan aku kenal kerana aku tidak menganggap beliau sebagai kawan tetapi lebih kepada individu yang pernah berurusan dengan aku), sering membandingkan aku dengan dirinya. Katanya dia tidak layak berkawan dengan aku sebab aku seperti terlalu gah, terlalu hebat untuk dirinya, katanya lagi, dia tidak sempurna, dia insan yang jauh lebih lemah. Tapi aku sangkal, aku ragukan. Perlu ke untuk sempurna untuk semua orang bersama? Atau cukup sekadar menjadi manusia

Dulu aku sendiri pernah cakap pada rakan2 aku, yang setiap satu dari kita ini sebenarnya x dicipta sempurna bulat, x semuanya indah, x semuanya kamil. Tapi kita semua dicipta macam sekeping puzzle. korang tau kan puzzle, yang korang cantum2kan supaya dapat membentuk satu objek yang boleh dinilai dan diamati.. macam tu jugak ngn kita

aku, engkau dan dia..semuanya adalah satu puzzle, xde siapa yang sempurna, dan tiada guna mendakwa dan mengejar kesempurnaan. Personally, aku berpendapat kesempurnaan adalah kepuraan. kesempurnaan adalah kecacatan. Kalau korang dah dapat kesempurnaan, apalagi selepas itu? hidup hanya tamat disitu? bosannyer hidup mcm tu.

sebab tu aku lebih suka dianggap puzzle pieces, di satu bahagian, aku adalah seseorang yang melengkapi hidup yang lain, dan disatu bahagian lain, hidup aku pulak dilengkapi oleh orang lain. bukan ke hidup begitu dirasakan leboh bermakna? hidup begitu lebih berjiwa? dan mungkin, cara hidup itulah sebenarnya yang aku fikir sebenarnya bernyawa.

Bila aku tidak sempurna, aku memperbaiki diri, aku meningkatkan jadi diri.

kesilapan? semua orang buat silap... kita bukan nabi yang mafhum

kesalahan? kesalahan cuma satu peluang ntuk kita mengenal kelemahan

kelemahan? kelemahan hanya satu ujian yang perlu diatasi

Jadi kita perlu sintiasa berevolusi, kita perlu sentiasa memperbaiki diri, mungkin hari ini kita jatuh, tapi pastikan esok kita berdiri kembali.

rugi sebenarnya kalau kita tidak pernah jatuh. Sebab kita tidak tahu nikmatnya berdiri kembali

Tapi rakan2.

Tu cuma pendapat peribadi, cuma monolog dalam diri...

Monday, December 21, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Puitis dariku

Berbulan bulan lamanya aku hidup menyimpan dendam
Dendam yang sentiasa membara dan xpernah aku biarkan padam walau sekejap
Bukan aku x pernah terfikir untuk melupakan dan memaafkan
Tapi aku sendiri yang tak mahu api dendam yang membakar hati aku padam
Bila saja api itu semakin malap,
Aku nyalakan kembali dengan berbantukan kata kata syaitan laknat
Dan bila mana api dendam itu kembali marak
Aku seakan puas
Puas yang dibuat buat
Aku jelek dengan diri sendiri
aku jelek dengan kata hati yang asyik mahukan balasan yang sebenarnya xpernah layak diterima

Aku mula BOSAN!!!
Bosan dengan kata kata yang sama dari nafsu dan syaitan laknat
Bosan dengan kehendak yang aku sendiri tidak tahu bila akan membuat aku puas

Aku perlu berhenti
Berhenti dari berdendam

Hari ini
Aku mahu melupakan segalanya
Aku mahu bebas
bebas dari kurungan dendam yang aku buat sendiri
Benar!!!
Aku ingin sangat memaafkan

Ya Allah,,
Bantulah hambamu ini
Bantulah aku mencari kekuatan untuk memaafkan
memaafkan dan melupakan

Benar...
Aku penat dengan semua ini
Bantulah aku Ya Allah
Kuatkan hatiku
Tetapkan jiwaku

Padamkan Api ini
Hilangkan derita ini

DAMAIKANLAH
TENANGKANLAH


Bantulah aku Ya Allah

Kerana aku
Ingin benar memaafkan

Monday, December 14, 2009

Aku sedang menggapai Impian

Tadi aku duduk dalam kereta, kepala yang seakan sarat dengan pelbagai masalah yang tak pernah berhenti aku lentokkan ke sisi tingkap kereta Myvi putih Aswan yang bergerak perlahan di tengah kesibukan New Klang Valley Expressway.

Sedang Bob sibuk menyanyi lagu Cik Ainun yang dipopularkan oleh S. Jibeng, aku tersenyum sendiri. Tapi benakku yang satu tak pernah berhenti berfikir, seakan akan ada bebanan yang terlalu berat sedang ditanggung

Hingga tiba tiba hati kecil berbisik..

' x pernah bersyukur ke aku?..

aku seperti terlalu banyak merengek atas ujian yang menimpa, merengek dan mengeluh sehinggakan aku tak lagi memikirkan rezeki mencurah curah yang tuhan beri.

' Jangan mengeluh, nanti Allah tarik balik rezeki kita ' pesan ayah yang sedikit tidak selesa bilamana aku kerap kali mengeluh tiba tiba terngiang ngiang ditelingaku.

Semenjak aku bekerja, aku sering kali mengeluh, hanya memikirkan masalah sehari demi sehari, namun jarang sekali aku memikirkan nikmat yang sedang aku rasai.

Rakan rakan yang dulu belajar bersama dengan aku, sehingga kini masih belum mampu berdikari, duduk dirumah mengharap simpati tapi bukan aku. Aku telah mampu berdiri sendiri.
Aku telah mampu mengangkat martabat diri.

Semua ni rezeki, Tuhan yang beri

Bukan aku cuba melonjak diri aku aku hanya cuba mentarbiah diri.

Aku sepatutnya ketepikan masalah ini. Kerja.. memanglah tugasnya menyelesaikan masalah. Sebab itu aku dibayar tinggi, setimpallah dengan tanggungjawab ini.

Aku seharusnya mensyukuri nikmat ini...

bersyukur kerana aku dikurniakan nikmat Ilahi

bersyukur kerana aku berjaya mengejar mimpi

Mimpi yang suatu ketika dulu hanya mampu aku bicarakan dengan ilusi

Kini menjadi realiti

Alhamdulillah ~

Tuesday, December 1, 2009

Time alone will efface those unpleasant memories~

Once in a while, we'll be sitting in our own chair..
Trying to search for comfort..trying to search for silence..trying to search for peace
cause deep down inside.. our heart fell to rock bottom....smashes to pieces...blown to dust...
not everyday...not every week..
just once in a blue moon...
but still, things happends the way it already has...
nor time or tide can redo the do's
nor space or place can undone the done

But if thou can wait...
Just wait and endure the pain...
Bear with the silence
silence that can breath life into the black dark dust of the death heart
peace that can warm the heart
and time shall efface those unpleasant memories

Wednesday, November 25, 2009














































Gonna Miss her...T_T


Semalam hari last kak Ain kat Transwater...

Pagi ni aku masuk opis, tgok tempat dia..kosong je..dulu kak sal benti..ni kak ain, pasni kak ecah pun mungkin nk benti gak..hurm...kat sini, dorang la yg selalu layan perangai gilo2 aku..

Pasni kak ain dh xde...Dia dah pergi keje kat Public Bank...Good for Her though..

tapi.........

sape nk menyanyi lagu dangdut petang2 time sume org dh penat?

Sape nk nasihat2 aku mcm pakar motivasi..

sape nk offer aku roti

sape nk senyum2 kat aku

sape nk layan kesengalan aku

Sape yg aku nk pheewittt pepagi

Sape nk wt sexual harrasment kat aku..keh3....

Nampaknya xde pilihan lain la... kak ecah arr kene wt semua tu......

hahahaha..ko sedia jela kak ecah.....

Sunday, November 22, 2009

Gua Layan Hujan beb..keh3

Haritu aku lepak2 umah bash..tibe3 paka ajak g Showcase Hujan...aku pun pikir2...dan aku katakan ok...

Aku bukanla ape yg org katakan kipas susah mati hujan..apatah lagi gerimis mahupun ribut badai..tapi,,theres nothing wrong to just go and layan kan...hua2..

Aku zul ngn paka..masing2 x hafal lirik...taunyer melompat pastu sebut je ape yg dirasakan hampir sama..dah mcm org meroyan

3 lagu je..pastu aku OUT!!!...penat giler babeng..duk lepak kedai mamak lagi best..hahahaha

Pape pun, layankan jela gambar2 dibawah..(aku selitkan sekali gambar kirk, bash masa kat Taman rekreasi Keramat)..Yoshhh.......


Zul dan aku menunjukkan gaya yang kununnya Hujan's Fan...keh3

Kumpulan Hujan...Showanship mamat yang bernama Noh ni mmg superb..respek lu

sebenarnya gambar cmni..amik kat umah pun boleh..huhuhu..xnampak background..hampehnyer fotographer
Mcm cover album x?hehehehe

aku x tau dh nk komen..sengal sangat perbuatan ni

Kununnyer mencari tempat
Pose terbaik sikit..wuuhuuuuu...he3 Aku dan Kirk ( aku mcm besar kan)


Nampak sangat kebesarannya aku..keh3..budak botak disebelah kanan adalah Bashori

Monday, November 16, 2009

Adab Berhadapan Dengan Suami

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


Bestnyer kalau isteri aku yg tercinta nanti manjakan aku cmni..hihihi..


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Wassalam..

*Kredit kepada penulis

Tuesday, November 10, 2009

Kembali ke Sekolah

Aku yang lengkap berpakaian uniform sekolah berbaju putih dan berseluar hijau. Keluar dari rumah, pantas terbujur sekujur tubuh yang amat aku kenal. Helmi, kawan sekolah rendah..pelik, fikirku dalam hati... xpernah2 emy (nama panggilan beliau) dtg nk saing jalan kaki ngn aku... dan alang2 beliau dah ada..aku xkisah pun, jalan jela..

sepanjang perjalanan yang hampir 1km tu, aku lihat banyak sangat buah durian diatas pokok, dan lebih banyak lagi buah durian yang terletak di pinggiran jalan. Beberapa kanak kanak leka mengupas buah durian dan makan sepuasnya.. aku nk singgah, tapi memikirkan yang baju aku nnt akan kotor untuk ke sekolah..aku batalkan niat hati..kakiku terus melangkah

dalam perjalanan, bnyak jugak aku sembang ngn emy..dan macam biasa, topik kami tidak terbatas kepada satu dua perkara, terlalu banyak sangat perkara yang dibualkan bermula dari topik sekolah,cikgu hinggalah ke topik ekonomi dunia yang semakin pulih... Dalam x sedar, kami berdua sudah hampir benar dengan sekolah.. dan dalam beberapa ketika, kaki kami berada betul2 di depan pagar Sekolah Menengah Pemanis..Yosh!!!

Emy melangkah melintas pagar tapi selepas beberapa langkah, hanya kelibat emy seorang yang melepasi pagar.... beliau menoleh kebelakang dan melihat pada aku.

"jom la... kau xnk masuk ke?" kata Emy membuat aku tersentak...

Entah kenapa... ketika itu juga, terlalu banyak sangat perkara bermain difikiran aku...

aku dah tingkatan 4, sekarang dah bulan 3..tapi aku belum mendaftar lagi ke sekolah..nk ke aku sekolah disini?? semua soalan meluru pantas kedalam minda.. aku terdiam..ape aku nk belajar? semua orang dah jauh..tapi aku? aku masih dibelakang...sekarang ke masa untuk bermula semula? atau patut aku pulang?

Niat hati, nk terus masuk..melihat rakan rakan yang gembira di kelas..tapi entah kenapa..kaki aku ingkar, tidak mahu mengikut kemahuan hati..

Kenapa? kenapa kaki aku bertindak begini..aku keliru..aku confused...kaki aku berpusing dan menuju ketempat lain..terlalu laju untuk aku katakan berjalan..seakan akan berlari...Ya, dan aku berlari sekuat hati...

Sampai di tebing sungai..aku berhenti, menarik nafas sedalam dalamnya..kenapa tubuh ini tidak mengikut kata hati?

aku nk pg sekolah!!!! jerit aku sendiri.....

'kenapa kau nk pg sekolah?' kata satu suara yang datang kepada aku..

aku menoleh..terlihat kelibat satu tubuh, tapi xdpt aku cam siapa..aku cuba pandang lagi..masih x dpt aku lihat.. aku berdiri, berjalan menuju kearah beliau..

dan sekali lagi beliau bertanya..

'kenapa kau nk pg sekolah?.....kau sekarang buat ape?" soalan yang agak bertubi tubi dan membuat aku semakin keliru..

Hati aku terdiam..kosong..tiada jawapan..dan tiba tiba, bibir aku yang terkatup sekian lama mula berbicara..

Aku Mohd Norazam..Seorang Jurutera.. bukan pelajar...

Disaat itu, akal yang sekian lama hanya memerhati tiba2 bagai dipukul untuk sedar...

Ya, aku jurutera..aku dah kerja..buat ape nk pg sekolah..

Mata yang tertutup juga lantas terbuka..aku pandang kanan dan kiri..tersembul muka zul kat sebelah...sh&t!!

rupanya aku masih dirumah...damn...... tgok jam baru kul 5 pagi..

Mungkin stress keje di pejabat yang belum selesai, konflik kecil bersama Khalizatul, api dendam yang masih berbara dan keletihan yang teramat sangat menyebabkan aku tertidur tanpa rela...

damn..im gonna need some time alone

Monday, November 9, 2009

Macam Aku ke???

malam kelmarin aku ngn zul g lepak makan Laksa kat umah kak ain..mula mula aku sampai tu, umah kak ain cuma ada aku, zul ngn kak ain je..so kuat la jugak kami bersembang bertiga..Zul yang x kenal kak ain pun sempat membuat loyar buruk stail kedah beliau...

Baru semangkuk aku laksa aku makan, tetibe ada orang bagi salam, rupenye tetamu lain baru datang..ada 3 orang pompuan, dak dari Transwater Shah Alam kot.. since aku x kenal, maka aku pun senyap jela..dan aku ngn Zul yang berckp penuh semangat tadi tunduk sopan dan makan laksa..senyap2 pun kami tambah semangkuk lagi..hahaha..memang macam mangkuk dah jadinya..

balik tu, aku parking keta kat area umah plat depan mentari court, parking agak jauh tapi lebih baik dari disaman RM 100 sebab parking tepi jalan..huh!! Budus nyer MBPJ.. dah kat situ je aku ley parking, aku parking la kat situ..ok sambung..

Sedang aku dlam perjalanan pulang menuju ke Mentari court, aku ternampak ada satu mak cik yang menolak kerusi rodanya di celah2 kereta yang lalu lalang.. aku pandang Zul, Zul pandang aku...bodoh sungguh kami berdua!! marah aku pada diri sendiri..sebab ape aku marah? sebabnya, dari kecik mak aku ajar, kalau dh nampak mcm tu, xyah pikir..tolong je tolak..tapi kami berdua yang mangkuk ni...ley amik masa dalam 45 saat untuk berfikir..shit!!! aku dh jadi orang KL..orang KL yang tak berhati perut...

Menyedari keadaan itu, aku ngn Zul terus pg kat Mak cik dan tolak dia..aku tnya la, mak cik nk pergi mana..dah la lewat malam,hujan renyai2 plak tu..

bersambung......kui3

Sunday, November 1, 2009

NINJA~

Last week aku ngn Bash lepak kat Wangsa Mall. Sebab kami berdua x pernah pegi sana n rasa nk makan yang sedikit berbeza, kami lepak la kat sana.. sampai disana kami call haidar dan kami melepak bersama.

review ttg Wangsa Walk

aku bagi 2/10 je..2 tu untuk kecantikan dia dari luar..selebihnya hampesss.....ATM machine pun xde. Aku ngn Bash dah la ngah lapar giler...duit ada rm3..cmner..hahaha...

nasib bek Haidar dtg, memberi petunjuk bahawa ada ATM diluar bangunan... (kami bukan miskin yer)..hahaha..kuarkan duit then kami pg makan..besh..(aku rasa nnt haidar update kat blog dia pasal makanan..so aku xnk review panjang2)

Kemudian Haidar yang baru abis peperiksaan sehari sebelumnya mengajak kami menonton wayang..di Pavilion....maka perjalanan diteruskan kesana-

Sampai Pavilion, kami menghadapi sedikit konflik ttg cerita apa yang perlu ditonton.. aku mengesyorkan WHITEOUT atau JENNIFER'S BODY..tapi kata Bash

"iskh, aku xnk amik risiko..kalau x best mcm mana? mahal tiket ni.." kata beliau seakan mengancam jiwa dan raga ku..

Dengan beranggapan cerita yang bertajuk NINJA mcm smart..maka kami pun beli tiket cerita itu..RM 12 satu tiket..

Adalah ingin diberitahu, sebelum beli...aku tnya brader yang jual tiket tu..best x citer ni..dan dia menjawab TIDAK..sebab x puas hati, kami tnya dua tiga kali hingga akhirnya beliau dengan tidak rela menjawab YA..

review cerita ini-

Cerita ni (let me spell it for you) S.A.M.P.A.H= SAMPAH!!!!

Storyline mcm shit, xde kaitan anatara satu sama lain, pelakon2 yang macam berlakon cter RTM dan paling aku bengang..Orang jahat dia sangat LAME..mcm orang jahat time cter Van Damme dulu( tahun 1994/1995)..Ninja mmg cter yang F&cK giler....

Kalau aku nk list, dari mula sampai habis aku ley kutuk, tapi karang berguni aku mencarut, so bek aku benti..hahaha

Damn, terkubur RM 12 begitu sahaja

Pesanan aku pada korang

1- Tak yah tgok cter ni
2- Dengar pendapat cashier
3- Jangan dengar cakap Bash..hahahaha

Thursday, October 29, 2009

Rezeki Bumi Tuhan

Pagi ni aku turun rumah, rasa malas tu mcm menebal je dalam hati..

Aku keluar je lif, aku jaln pg tempat parking motor..adala 100 meter dah jauhnya (exxagerate!!) pastu baru aku sedar..damn, aku parking motor kat tempat lain..haha

tgok jam kat tangan..tik tok tik tok..kul 8.30pagi...damn...aku lambat dah ni..kata aku kepada jam yang berada di tangan..

aku pusing balik, tambah lagi seratus meter, pakai helmet..start motor pastu aku kononnye nk jalan tapi tayar xnk gerak..

apahal lu motor?!! bentak aku dalam hati kecikku

tgok2 rantai x bukak lg..dush!!...kalau motor ni tau marah..dah kene maki kot aku..hahaha

lalu aku turun motor, bukak rantai, start motor dan jalan....

Disebabkan dah lepas waktu orang masuk keje.keta mmg dah x bnyak..orng yang ada atas jalan ni semua kategori orang yg lambat mcm aku..sekor2 bawak keta macam setan..hahaha..

Disebabkan pernah ada pengalaman tatkala aku merempit ngn motor kesayangan aku ni, aku telah mengalami kerosakan enjin kritikal..maka sejak itu..aku hnya membawa beliau dengan kelajuan malar 80km/j sahaja..

jadi dikala orang lain bawak keta mcm hantu..aku plak bawak motor macam orang tua....bape bnyak kali kene horn..hahaha....

Sampai je opis..aku nampak James a.k.a Bos Damansara..

Aku beranikan diri g jumpa James..

aku- James, can i have word with you regarding my position here?

james - ok, come in

bla..bla...bla..bla...(panjang yang disembangkan..xyah sebuk nk tau..hahaha)

Kira2 kul 10 tadi, james ada bincang ngn Blinda and few minit later...James panggil aku...


OK, you will be under Azli(senior engineer kot)..kata James

starting? tanya aku penuh kesengalan..

effevtively today......................kata2 james terus mcm gear auto mengukir senyuman di wajah manis aku..

dan itulah ceritanya...

abis..hahahah

P/S- aku start as Project Enginer..^_^

Kesengalan

I was once weak
almost becoming the second amirul syafik (hehehe..pinjam nama lu bro)
i was blind
my eyes...shattered by the tears flowing down
i was numb
my heart.. it got this hollow space that suck everything.
And i mean every single thing

But worry not,

COS..

now im stronger..
Than Yesterday(Sila baca ikut lagu britney yer..haha)
bla..bla..(aku x ingt lirik) is nothing but a nightmare..
bla..bla..bla..bla...(part ni pun aku x ingt..)
my loneliness is killing me no more...

^_^

Wednesday, October 28, 2009

Aku tujukan pada Kau

Never thought i would say this but since im having this sudden burst of flame deep inside, i think i should just wrote it down.

I've wasted my life for stupid things, things that you make me do..things that i regret will all my heart.

I am lame, such idiotic to think that some fucking how, i can keep lying to myself..keep denying and keep pretending..

Im writing this down just to warn you that im still avenging the cold hearted death that u gave me.You left me when i need you the most...suffering...alone

fuck to hell with all the stupid dreams and bullshitting that you feed.fuck evrything

Ill promise to stand here quietly for your happy days to come and I swear to every bone in my body that ill tear it apart. Pieces by pieces and step on it untill the burning flames in my heart fades away.

Ill make you cry that even a stream of blood wont be enough to satisfy my lust for grudge and ill make you scream....till you suffered my wrath and torn by your own guilt

Just you watch out.......i swear you'll cry..

Monday, October 26, 2009

Monolog aku

Dah agak lama gak la aku x post sebarang menatang kat blog ini..kadang2 aku terpikir..pesal ape ea? dan walaupun berat untuk aku akui, aku kene gak mengaku..BLOG AKU SANGAT BOSAN!!! Damn, jangan ckp orang lain, aku sendiri nk baca pun rasa bosan..shit..where is my superb writing?? cewah..aku memuji diri la plak kan..kui3...

Aku pikir gok, apsal dulu aku ley tulis ngn best tapi skrg nk tulis pun rasa berat..damn..mcm2 siot alasan aku..x feel kunun..chet!!!...hahha..sengalnyer aku...I dun need excuse to be great...cos what? cos i am great dude...^_^

Xpe2..mulai dari sekarang, aku yang bernama azam, akan mula membuat blog yang best.. Go to fu*kin& He&& with the bored and damn excuses..ill write what the F*ck ever i wanna write(hahaha..giler kuat aku mencarut..ok2..tobat2..x buat dah).....Yoshhh!!!

Kalau korang bca facebook aku, (norazammdaris@gmail.com) korang akan tgok la betapa senghalnya keje aku sehari hari..hahaha..

tiap2 ptg atau mlm, aku ngn zul akan berjalan2 di area sunway dengan misi untuk mengurangkan kadar peningkatan lemak..wahahaha....jalan kaki sambil buat mende bengong..smlm aku rasa paling giler, kitorang pg jalan dari mentari court pg kat area semak samun(semak gilo babeng sampai paras dada) sampai la tembus ke railway komutersetia jayua.. dah sampai situ susah nk patah balik sebab semak2 tu gatal, so kitorang pun jalan straight ikut highway..bapak jauh...hahahaha...nanti aku update gambar aku kat railway komuter tu....

Aritu aku ngn zul gak, jalan kaki g sunway piramid kul 10..orang sume kuar time tu(dari sunway piramid) tapi aku ngn zul je yang berjalan masuk..sumer kedai plak dah tutup.... dah masuk, kitorang memain kat kepala singa pastu balik...hahahahahahaha.....

Ape jadi Hari ni 11 - An Nur

Pepandai lu la pikir sendiri..aku post jer

Tuesday, October 13, 2009

Ape jadi Hari ni 11 - EAC and UMP

Sedikit pengenalan-

The Board of Engineers Malaysia (BEM) registers graduates and professional engineersunder the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2002). The prerequisite forregistration as a graduate engineer is upon successful completion of an accreditedengineering programme.

BEM has a duty to ensure the quality of engineering education/programme attains theminimum standard comparable to global practice, hence the necessity to have theEngineering Programme Accreditation Manual.

Engineering Accreditation Council (EAC) is the body delegated by BEM for accreditation ofengineering degrees.

EAC is represented by the Board of Engineers Malaysia (BEM), TheInstitution of Engineers Malaysia (IEM), the National Accreditation Board (LembagaAkreditasi Negara (LAN)) and the Public Services Department (Jabatan PerkhidmatanAwam Malaysia (JPA)).
______________________________________________________________

Last Tuesday, aku balik ke UMP untuk interview ngn EAC, memandangkan Chemical Engineer memang dah lulus, so objektif kali ini hanyalah untuk mengiktiraf Gas Teknologi dan Bioteknologi.

Aku bertolak dari Segamat (sebab isnin aku macam a bit serabut, so aku decide untuk balik dan jumpa mak ngn ayah, mcm tenang sket kot) and aku sampai UMP dalam kul 11.45 pagi,

Sampai2 tu aku sempat jumpa lecturer2 kesayangan aku..semua kesayangan aku..keh3...sempat2 la gak sembang2...dan mcm biasa, bila dah jumpa Puan Wina (sekarang dah Dr Wina), kami berbual topik biasa..puan wina ngn Puan Jun dah mcm mak aku dah kat UMP...best ckp ngn dorang... and biasa la ngn Puan Wina, bnyak la sharing..and to my surprise, bnyak gak la rahsia yang terungkap...huhuhu..pasal ape tu biarla aku je yang tau..

Interview ngn EAC start kul kul 3 so aku kuar ngn khalizatul g mkn jap and terus balik tu pg stdy sket untuk interview...giler ape dtg bawak te%!r je...keh3..

And to my surprise, kul 2.45 masa aku dtg tu, rupenyer ada ramai lagi dak2 ni yang dtg sekali. Bash ada, paan ada, paka, kak ida, bad, aaron, dan memang ramai la..xkn nk sebut semua kan..keh3..

Ingtkan kul 3 tu dah start interview tapi rupenyer kene amik turn..puas la kami menunggu...dalam bosan2 tu..aku g jenguk cik sureena, puan rosma, cik suri,en halim, en arman..banyak woo aku sembang2..huhhuhu..kuat sembang sungguh...

kitorang nyer turn rupenyer adalah kul 5.30..gilos..(bukan ceplos yer..huawawa)..masing2 dah rasa penat yang amat sangat menunggu but then, kitorag stay jela..demi masa depan adik2 UMP yang tercinta..hihi..mesti diorang terharu kalau tau ni..huhu...

and finally sampai la turn kami, mula2 agak gugup, ada 3 orang panel, 2 chinese sorang malay...level datuk2 and profesor dorang ni..huhuhu...

Banyak yang depa tnya adalah ttg pandangan, pendapat dan pengalaman kami semua...ehem2.. kami yang ginterview ni pun bukan calang2 beb....masing2 jawab ngn konfiden dan mantap..

waktu akhir sesi tu, Dato tu ckp, so far........, you guys are the best... you guys are very confident and your english is good as well...mak aih, masa tu aku rsa semua orang terkesima 3 saat...bukan apa..bangga beb!!!

kih3..sekarang pun aku hepi ni..huhu..kuar2 tu terus terjumpa ngn PM Zul..bila dia dgr je komen yang best mcm tu...dia pun terus ckp mcm ni

'OK, korang jangan balik dulu..jom pg mee kari, saya belanja'

..keh3....Gasers je plak tu....bukan nk diskriminasi...kami yag terhebat..keh3...gurau je, actually, yang lain dah balik..and just tinggal kami..kami la yang untung..hahahaha

pape pun..aku berbangga dengan diri aku, rakan2 dan taulan..keh3..aku dah mula mengarut.....
sesi tamat disini

Tuesday, October 6, 2009

Ape jadi Hari ni 10 - Graduation Day

Konvo ke-4 UMP..Best Giler..tapi lagi best kalau....huhuhuhu..abaikan..,malas nk cter..tgok jela gambar2 ni..


Saya dan cik Khalizatul
Saya dan cik Amy
Saya dan En Pudin
En Chot, Saya, En Amar dan En Napi

Monday, October 5, 2009

Ape jadi Hari ni 9 - Resepi best aku

Salam,

Ini adalah resepi kerang bakar a.k.a goreng(sebab aku guna kuali)

Bahan bahan:-

Kerang – Ikut sedap tekak nk berapa kilo
Seasoning megi (Yang orang buat masak ngn burger) - Biasanya beli sebotol
Lemon - sebiji
Serai – Sebatang
Serbuk Lada puteh - Sepeket kecik 20 sen pun cukup
Minyak - Biasanya beli sebotol..guna sikit je

SOS - Sedap guna sos bawang putih, tapi ikutla kalau nk pakai sos thai pun xpe

Cara memasaknya.

1. Basuh kerang bersih2..tips orng tua ckp kalau nk bersih guna pelepah pisang…
2. Toskan kerang
3. Panaskan Kuali dengan api dan masukkan minyak.sikit je sudah
4. kalau dh rasa ok, masukkan kerang.
5. Perah lemon kedalam kuali. Bila dah abis perah, campakkan lemon sekali dalam


kuali
6. campak serbuk lada putih sesedap rasa..jangan banyak sangat
7. Batang serai dipecahkan hujung dan celup sikit ngn minyak.
8. Batang serai yang dah diproses di campak sekali dalam kuali
9. Bubuh 2,3 titisan seasoning megi
10. tutup kuali ngn something ( biasanya aku guna tutup kukus)
11. Sekali sekala kene kacau kerang tu..kalau x nanti hangus.
12. Bila kerang dah terbukak semua, dan baud ah wangi..dah masak le tu
13. Angkat dan makan

Sekian


Monday, September 28, 2009

Ape jadi Hari ni 8- Semalam yang membuat aku letih

Semalam adalah hari pertama kembali bekerja selepas seminggu bercuti raya...Cuti raya amat memenatkan tetapi juga amat best. Sebab dapat jumpa saudara mara yang lama terpisah dan mengumpul duit raya walaupun umur aku dah lama lepas umur yang layak..keh3...

Semalam Aku bawak Salleh ngn Lan dtg lepak kat umah, Lan datang ngn tujuan untuk Interview hasil korekan aku ttg jawatan jawatan kosong kat Transwater n Salleh datang kununnyer utk bermain futsal dengan member2...pergh, datang dari segamat ke Kl semata mata nk g main futsal... tapi aku layankan jela pale member aku yang sorang ni...

Semalam pagi, Lan nyer interview kul 10 pagi tapi sebab alang alang aku nk g keje aku bawak la mamat tu sekali, Lan jelas sangat nampak menggelabah tapi aku advice kat dier slow, suh die relax je....tarik nafas dalam dalam.... tak tau la berhasil ke x..

Sampai sampai aku terus je masuk opis, aku biarkan Lan lepak kat mamak bawah tu, dalam kul 9.35 Lan naik, aku usha je dari cubic aku... from here on, you're on your own bro...Agak lama gak la interview Lan, dia kuar2 jam dah kul 11.30..dekat 2 jam tu...pergh.... aku suh Lan lepak mamak, kul 12.30 nanti aku hantar die balik la sebab dier x tau jalan..

dalam kul 12.00 gitu, tetibe Sim Card aku buat hal....phone x dapat detect, aku ingt phone buat prob, tapi bila aku try sim Nurul, boleh je berfungsi ngn baik... mungkin dah samapai masa nk arwah kan sim Card aku yang dah berumur 6 tahun tu.. so sampai la sekarang ni, aku memang out of reach la.. tengah hari nanti baru nk g amik sim baru..

berbalik pada cter Lan, kul 12.30 patutnyer aku dah anta die balik tapi dalam kul 12.15 cmtu tetibe guruh berdentum kuat , hujan lak turun mcm nk ribut....maka terbatal la niat murni aku tu... yang lebih kesian adalah Salleh yang duk kat umah sorang2...dah la member dia x datang, pastu dier plak xley kuar sebab xde kunci umah..kwang3...kesian gler dowh...nanti ada cter lagi sedih..bawah sket ea...

kul 12.30 aku turun jumpa Lan kat mamak, jumpa Lan je dia dah ketawa ketawa... dia tunjuk pada aku mesej2 dari salleh..antara mesej itu berbunyi begini..

1. Beb, biler korang nk balik..aku dah buntu ni

2. Balik cepat la, perut aku dah mendidih

3. Nanti tapau la kt aku, nk nasi lebih, ngn ayam goreng, sayur n sambal lebih. cepat sikit!!!

mesej last tu buat aku ketawa dn sedih, kesian gler member aku..aku suh je dia makan kuih raya atau segala jenis makanan yang dia ley dapat kat umah tu..hahahaha

dalam kul 1 lebih hujan still x benti so aku decide suh lan tdo kat Masjid jer..agak bengong gak la kan suh member duk masjid sampai kul 5.30 ptg.. Nak buat cmner, dah aku suh amik motor balik, dia takut sesat..hahahaha..nasib ko la Lan.

Aku xde tepon, Lan xde Transport and Salleh sorang kat umah belum makan..aku ingt tu dah cukup tragis tapi rupanya dugaan Tuhan ni bnyak....

Kul 5.30 aku gegas g amik Lan kat Masjid Bandar Sri Damansara, sampai sampai kat situ lan tunjuk mesej dari Salleh..

1. woit biler nk balik ni, umah ajam xde karen, tadi orang TNB datang potong..

GULP!!!!!

ape ke hey???!!!!! tiap2 bulan beb gua bayar sewa beb!!!!, tuan umah ckp dia nk bayarkan sekali ngn sewa tapi tetibe jadi cmni, time member aku lepak kat umah plak tu..siyes terbakar hati aku..aku amik lan cepat2, pastu aku gegas ikut NKVE(jalan paling cepat balik umah tapi juga banyak lori)..

elok2 je aku sampai kat Tol Subang, masuk dalam sikit tetibe motor aku terasa pelik semacam... dan disitu iman aku yang nipis teruji lagi...tayar belakang bocor...damn!!!..sabar azam sabar kataku... Lan member aku yang cepat cuak pun makin cuak, tapi aku malas nk cuak2...aku tolak motor sampai petronas dekat situ pastu aku tepon je pomen suh ganti tiub...kene arr rm20...nasibla kan..puncanya, ada tertusuk pisau blade kat situ(alar, pisau kecik tu)..sapela punyer keje buang piasu merata rata ni..harem sungguh...

Sampai2 dekat area umah, aku terus g kedai mamak, belikan nasi ngn ayam sebanyak yang ley sumbat..huhuhu..cian dowh salleh x makan g dari tadi..mau kebulur dah mamat tu...

Sampai umah, aku tengok surat Cinta dari TNB, bil eletrik dah x dibayar dari bulan 3.. what????!!!! memang siyes aku terbakar.. aku masuk umah tu bulan 6 and Bil x bayar dari bulan 3..fuh..kegeraman yang x dapt dilepaskan kemana mana..maka aku diam jer, aku tnya budak2 ni sepul mana, since dia yang deal pasal sewa umah ngn kakak tu, maka aku nk dia bagi expalnation yang bley diterima tapi dia awal2 lagi dah kuar...hurm...ape kes yer? aku tertnya sendiri..

Salleh plak ckp die kne gerak Kuantan mlm tu gak sebab Bos suh ganti pegi meeting kat indera Mahkota...aiseyh, dahla x g mana2, terseksa pastu x sempat lak nk beronggeng...serba salah aku..last2 aku ajak g beraya kat umah sarah ngn Yati, tang tu gak aku tepon Yati suh belikan tiket bas untuk Salled dari Shah Alam, senang..at least die akan berjalan gak kann..huhuhu..

Sebenarnya aku penat giler, siyes penat, badan dah macam kotak2 tapi x sampai hati nk biar member balik cmtu..lepak2 umah sarah ngn Yati sampai kul 11 pastu balik.. balik tu tukar baju, baring and terus aku tertido,

Hurm....letihnyerr badan...sabar ye En Badan...nanti kita g SPA....cewah..huhuhu

Tuesday, September 15, 2009

Ape jadi Raya ni???-Buang ibu di Aidilfitri

Tadi pagi aku duk opis, aku bukak harian metro..meremang bulu roma aku..menitis air mata aku..x tersangka, ada orang yang keras hatinya..mcm b%bi..marah betul aku!!!!!

Ya Allah, Engkau laknatilah orang yang menganiaya kedua orang tua mereka dan engkau jauhkanlah kami semua dari mengikuti jalan yang engkau laknati...-amin

Oleh Mary Victoria Dassmaryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.
Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.
penjaga berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya. Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

Monday, September 14, 2009

ape jadi bulan lepas..wahaha-XPDC Gunung Datuk, Rembau


mereka berdua mampu tersenyum pas minum air 2 tin sorang..haha
ni baru turn, penat tahap gaban
kami yang semakin bengong sebab kurang oksigen
Kami di puncak ni Bro- Menggapai Awan..
Darkness in the clouds..hu3
Hidayah yang comey..hik3..tunang orang ni weyh
Ha..yang ni mak orang..hu3..gurau je kak Haidar
Aku di posisi yang xbley blah
sikit lagi nk nampak langit weyh!!!
syar, Hidayah n haidar..
pergh..smart giler gambar ni....wooohoo!!!
hidayah yang weak di awal pendakian..awl je pastu dia paling laju
ape amik gambar time aku pusing ni??? x senonoh
Geng2 Gunung Datuk..yang len g toilet..biasa arr pompuan
Full Pic, Geng Gunung Datuk
Selamat Datang gunung Datuk
Close Up sket..he3

Thursday, September 10, 2009

Ape jadi Hari ni 7- Monolog dalam diri

Hari ini,
aku duduk di kerusi ini,
memikirkan tentang HATI dan NURANI,
seperti aku tersedar dari MIMPI,
dikejutkan oleh satu entiti,
aku TERGAMAM sendiri,
sejak BILA aku begini?
kerana APA aku begini?
mahu ke aku, ......... TERUS begini?

hatiku seperti MATI
nuraniku SEPI
seperti api
yang MALAP
lalu MATI

Aku tahu aku bukan begini
aku tahu mana perlu ku tujui
aku tahu bila perlu berhenti
aku jelas kenapa aku menyepi

Kerana aku hanya mencari DUNIAWI
aku melupakan UKHRAWI
dan akhir akhir ini
aku seperti melupakan ILAHI

Bantulah aku Ilahi
Mencari kekuatan dalam DIRI...



Tuesday, September 8, 2009

Ape jadi Hari ni 6- Kemarahan aku pada si INDON Bodoh

Penunjuk perasaan mahu usir rakyat Malaysia

Daripada BORHAN ABU SAMAHborhan.samah@utusan.com.my

SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP



JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.
Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.
Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.
Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.
Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan
p/s- Bengang sungguh aku ngn depa yang mcm bodoh..pasal tarian pendet yang diorang tu sendiri tak pernah tau pun nk kecoh2..dasar Indon!!!!
Cam muka mamat tu, kalau dia masuk je Malaysia, kita sula dia ramai2.....hahaha

Sunday, August 23, 2009

Ape jadi Hari ni 5- Dugaan di awal Ramadhan al~Mubarak2

Pada hari sabtu a.k.a first Ramadhan, smua adik beradik kecuali maya berkumpul...seromol rasanya bila semua ada kat umah,...

bangun sahur first tu, aku sahur paling lambat, sampai je umah dah kul 2 pagi, masuk2 terus g bilik mak n baring sebelah adik..malas nk cari bilik lain, bilik mak paling best...baring terus x sedar dunia....

dekat2 kul 5, semua orang dah sahur, pastu mak kejut aku....

Disebabkan aku tersangat penat, aku ckp kat mak aku xmau sahur....tapi mak tetap berkeras suh sahur dan keluar ayat emas dari mulut emak yang memang sah2 aku xley tolak..

'azam, bangun, penat dah mak masak ni, kalau sayang mak bangun sekarang'

aiseyh, aku ni belum berani lagi jatuh dalam kategori derhaka, so dalam keadaan mata tertutup, mak tarik tangan aku g dapur, dan aku makan la sepinggan, ikut hati nk je suh mak suap..orang lain semua dah siap makan...tapi time tu x terpikir plak suh mak suap...hahahaha...

pastu aku tdo balik...sedar2 dah kul 10 pagi and there goes my first subuh for ramadhan..

Siang tu semua balik labis, nk sambut bday mak, airin and berkumpul kat umah atuk.

dalam keta yang ada ngn aku masa tu nani, yazid, and hidayah..

adik2 nk belikan hadiah untuk mak so dorang suh benti kat kedai hadiah..

so aku ok je, benti kat taman yayasan..

elok2 je aku parking..

tetibe...

DUM!!!! (aku tak tau nk describe cmner la kawan2...hu3)

sebuah HILUX reverse dan melanggar keretaku..nasib baik adik2 aku semua selamat..

Aku yang tadi aman dan tenang, tetibe keluar dan meluru kepada pemandu cina tersebut dan mengamuk (ini hari pertama Ramadhan ye kawan2)..dan kesabaran aku hilang disitu..

sebelum sempat aku tumbuk muka cina x bersalah tu, adik aku sabarkan aku dan aku duk diam..pas 10 minit aku tenang balik, tenang sangat, even sampai aku tersnyum sendiri sebab memikirkan rasional diri aku yang dah xde tibe2 tadi..

aku jumpa cina tu, ckp baik, minta maaf dan terangkan kenapa aku maki maki tadi....

cina tu pun minta maaf sebab cuai....dan dia terus settlekan bayaran untuk keta..at least prob tu dah selesai.....

ttibe aku mlas dah nk cter, so aku skip 15 bab. .. aku balik kl naik keta abg is..huhuhuhuhu..abis cter

Ya Allah, jangnlah Engkau duga aku dengan dugaan yang tak mampu aku tanggung, sesungguhnya Engkaulah yang maha memberi nikmat...amin


sekian...

Ape jadi Hari ni 5- Dugaan di awal Ramadhan al~Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama tamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran sebab sempat lagi puasa sampai keharini (yang period tu syukur gak le kan walaupun xley puasa)....

nk sambung sket2 dalam english ea...huahuahuahau

my Ustaz once said

' azam, bulan puasa adalah bulan kerahmatan yang mana Allah akan menguji kita dengan pelbagai cubaan dan dugaan'

at that very moment, i was half confused so i asked him back

' eh, kata bulan kerahmatan, nape plak ustaz ckp Allah akan bagi ujian pulak..itu bencana namanya...' i said

' setiap ujian yang Allah bagi tu,sentiasa ada maksud disebaliknya. Allah akan uji kita sebab kita mampu, sebab Allah nk kuatkan kita..kan rahmat tu bila kita sebenarnya sudah menjadi lebih baik dari kita sebelum ni' he said, realizing that i was confused with the statement earlier.

its been almost 15 years since those words come through my half function brain...

and it occured to me, that on those past 15 Ramadhan, everything flew like nothing. i mean, i dont really feel anything, sedar2 dah raya.... have you ever felt that?

This year, was a little bit diferent from the past...

It was a day before Ramadhan,

I merempit from work, park my JLN 1478 and went up for bath and solat,

at about 8.15, i went down with sepul hoping that he would sent me to MYDIN to meet my sister and head home to Segamat tercinta.

a simple question was asked by Sepul.

' zam, mana ko park motor?' and i showed my finger to an EMPTY SPACE......what!!!!!!!!!!! @_@
motor aku dah kene curi!!!!!! sh@t, f&c%,Ya Allah,B$B*!!!!!!

at that very moment, my mouth was filled with, mixture of kalimah suci and haram..hahaha....aku memang dah x sedar dunia dah time tu....Ya Allah, ampunila aku dan orng yang baca ni (korang pun banyak dosa kan...huahuahauhau)

after i calm down a bit, i keep my rationality, start searching, report to the guard, went to the police station (first time aku buat report sendiri ni beb) and met with my sister, drive the KELISA BHA 2520 straight to Melaka, pick up my brother and straight to Segamat. Damn penat dowh...

My father was calm, my mother was calm, and things went by like nothing happend.

'dahla zam, menda nk jadi...balik nanti bawak je Kelisa ni' a very sweet and realxing word from the greatest father ever..thnks ayah..

continue next post.............

Sunday, August 16, 2009

Free-IQTest.net

Free IQ Test
Free-IQTest.net - Free IQ Test

Monday, August 3, 2009

Ape jadi minggu ni 2

Dalam diam, masa berlalu...its been months since the last time that ive got free time to sit and blog...hu3..



Bila difikir fikir, bnyak gak menda aku buat lately.. Gambar berlambak tapi komputer yang disayangi di opis ni x dpt install software phone aku..(xley ckp benci nnt komputer ni boikot aku..hu3)..dan atas asbab ni, aku malas nk tulis pape..hu3..Tapi harini Allah bagi aku kelapangan, maka aku pun menulis la dengan tenang...



Bila aku duduk2 dan bukak calender, tersentak aku di meja ini..hua3..ayat xley blah, rupe2nye skrg dah bulan 8..dah bulan kemerdekaan...tapi cter kali ni bukan pasal kemerdekaan yang semakin dilupakan tetapi pasal aktiviti aku di pulau pinang 2 minggu lepas.

last 2 weeks, aku ikut abg ijal g kursus jantung kat hospitang pulau pinang tapi main objektif ialah berjaln jalan ngn kak lina...hua3..bajet mcm expert jalan....

Kitorang menginap ngn Hotel DiRaja a.k.a Hotel Royal..hu3..gempak giler nama...actually nk duk kt hotel biasa2 je tapi abg ijal ckp nk duk bek duk yg dekat ngn hosp n ok...aku folo je..dia yang bayar..hu3....

Kat tengah2 bandar Georgetown tu, aku rasa semak giler pale sebab sistem jalan yang lansung tak best. Part yang best adalah part kitorang x sesat langsung sebab abg ijal ada GPS system.. nampak je sistem GPS ni mcm remeh tapi kalau ada, mmg sangat menjimatkan masa dan tenaga. Tapi xyahla beli yang beratus tu, beli je software dia letak dalam phone.. Aku pun nk beli satu nnt.

Jumaat malam tu, aku bawak abg ijal g Batu feringghi, saje jalan2..walaupun xdela best sangat..tapi kitorang bosan, so jalan jela...

Masa kitorang jalan2 kat night market tu, tetibe hari ujan, abg ijal pun masukkan ayin dalam baju dia n jalan. Pastu tetibe ada satu pak arab tegur.

'hey, what is your problem? She cant breath.' kata beliau

Abg ijal buat bodo je jalan...anak dia, dia taula..dia pun medik person..so he knows better

'its raining, she could have fever......H1N1...' kataku sambil senyum dan blah, kang x pasal2 kitorang berdiskus plak kat situ....

Second day, pepagi aku dh antar abg ijal g kursus, pastu makan kat lobby ngn kak lina n ayin..ayin majuk sebab dia ingt aku nk g jalan2 terus...tapi end up kat cafe hotel...hu3...

Pastu the whole day, aku abiskan masa ngn bawak kak lina g Padang kota, clock tower, and Queensbay Mall. kak lina nk cari hadiah bday mak (hurmm...apela yang aku nk bagi kat mak ni?).. Lama gak la kitorang kat situ,dari kul 12 smpai kat kul 5... semua keje shopping dijalankan oleh kak lina..aku dukung ayin je......penat beb dukung ayin.

Malam tu, kitorang g PC Fair, kat area PISA, abg ijal beli hard disk..pastu ujan tapi kitorang makan gak kat padang kota, makan pasembur, Char Kuey Teow ngn ape ntah lagi satu..hu3...saje je makan2 makanan tradisional.

The last day, abg ijal kursus sampai kul 12 je, so kitorang tunggu, and pas je amik abg ijal, kitorang g amik Yaz, sahabat lama aku kat umah dia.. umah dia kat Taman Sri Nibong, dekat area taman budak2 main bola tu je...hu3...aku clear gler area tu...

Biler Yaz dah ada, lagi arr best jalan2..yaz bawak kitorang g Bukit Bendera, Taman Bunga and Tokong Ular..BEST!!!!!

Masa jln2 tu aku pikir, aku banyak kali je datang peneng tapi x pernah sekali pun rasa best jalan2 mcm aku jalan kali ni.. walaupun just 3 hari, tapi bnyak giler tempat kitorang pegi, sebelum ni dtg pun rasa berat, sebab buat dosa je kot..huahuahua... Rasa bersyukur sangat kak lina ajak pg....Besh!!!

Thanks Kak Lina, Thanks Abg Ijal, Thanx Yaz, Thanks Aimi (sebab bagi idea mana nk pg)..

Gambar nnt, aku x bawak hard disk..hu3

Hu3

Wednesday, July 15, 2009

Pencarian tentang siapa kita 1

HAri ni x bnyak keje so aku menghabiskan masa untuk meneruskan pengajian tentang personaliti manusia (cewah..poyo glerr ayat)..neway, hati aku tergerak untuk mencari tentang rahsia tarikh lahir dan ini adalah apa yang aku jumpa..baca dengan Tenang, dan cari penjelasn dalam diri sendiri..Hanya kita tahu siapa kita...YosH!!!!

Contoh:12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual- Golongan ini adalah Pencari.- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Ape jadi Hari ni 4

Hari ni aku just buat keje semalam, pastu dapatkan email dari client, dan planning sok aku nk buat cross cable utk FC yang aku dah siapkan tadi...hu3...

Basically sebenrnya harini kat opis xde bnyak sangt menda yang nk dibuat except bersembang, baca komik(muahahaha) dan melayan kerenah dak2 opis yang bermacam macam ragam, actually hari ni kak ain (admin assist) xde sampai kepetang so kurangla sket tahap gangguan mental aku..hahaha .kat opis ni bila start pas lunch je, mode semua orang (actuaally, aku,nurul,kak ain, wani ngn kak sal je) dah mula bertukar ke tahap sengal yang tinggi. dalam kul 3 atau 4 tu, nnt mula la merayau2 g kacau orang, salah seorang dari mereka berempat mmg akan melakukan perbuatan tak berfaedah...percaya la ckp aku..hahaha

balik semalam aku menghabiskan 30 minit untuk tdo before aku continue ngn kerja aku. minggu ni agak sibuk ( sibuk ni bukan hal duniawi je tau kawan2...ukhrawi tu jangan lupa...heheh)....

dan paling best, semalam umah aku dah ada TV...woOOhOOO!!!! hahahaha...

Padahal budak2 ni bukan nk sangat tgok tv tapi sebab ada PS2 yang ley di'merge'kan ngn tv, maka ia menjadikan ia lebih best..

confirm2, pasni tv tu bukan mensiarkan siaran tv1,2,3 atau NTV7,8 dan 9.. sebaliknya yang keluar adalah PES09, MGS, Naruto, Need for Speed dan Smack Down..

Buktinya???

Semalam kuar je tv dari kotak, tgok cter tv2 selama 30 minit dan pastu main game...hahahaha...

kenapa aku pentingkan cter ni? sebab semlam aku MENANG semua game lawan ngn ZUL...hahaha, panjang2 aku tulis ni..cumer nk cter tu je sebenarnya..yang aku tulis kat atas tu semua mukadimah yang mengarut untuk menghabiskan masa aku dan korang...hahahaha

Tuesday, July 14, 2009

Ape jadi Hari ni 3

Hari ni(semalam ye..pasni aku x btau dah tau) keje aku mcm berlambak la jugak, dari pagi aku duduk depan komputer je. buat quotation, tpon orang sana sini, risau kan pasal valve lama yang nk hantar ke customer, pasl testing bla2...hahahaha..kunun2 je risau ni.

Anyway cter ape aku buat tu xdela best sangat, sebabnya aku sendiri tu dah memang best..yosh!!!! kwang3....

Cter yang aku nk btau kat sini adalah mengenai kak sal iaitu seorang pekerja syarikat ini yang telah disahkan positif buatan orang yang sebenarnya sentiasa dinanti nantikan. Menurut sumber yang boleh disahkan oleh aku sendiri, kakak itu a.k.a kak sal (memang nama sebenar..hahaha), telah pulang ke kelantan setiap minggu dalam usahanya untuk mencari rezeki lebih (anak tu rezeki kan..ngeh3..) dan tatkala disahkan maka aku adalah antara puak2 awal yang mengetahui berita gembira itu..(huh, kembang2 lubang idung aku...hahahaha) dan dikala itu jugala kami diminta untuk merahsiakan berita itu sehingga waktu yang sesuai..

Maka aku pun menyimpan rahsia itu jauh dalam benakku....cewah, ayat tak bley blah..hahaha

Selepas seminggu, kak sal telah meminta aku membelikan beliau nasi kukus yang sedap, mungkin mengidam atau mungkin pada hari itu iaitu semalam beliau telah terbayang nasi kukus itu dikukus oleh pengukus nasi kukus. Disebabkan aku pun rasa mcm best, aku pun pg la... Malangnya, nasi kukus lum bukak atau x bukak, aku x tau sebab jangankan orang, selipar jepun pun xde kat situ. Maka aku pun beralih selera dan membelikan beliau Nasi Ayam.

Tengah syok2 makan kat opis, celine datang dan bercakap tentang pentingnya penjagaan bayi. Masa tu memang aku musykil, mcm mana lak celine tau padahal xde pun orang ckp, disebabkan aku takut yang nnt aku terbocor rahsia, maka aku cuma mendengar je ngn khusyuk walaupun hati aku bergendang utk berhujah..hahahaa( aku mana ley duk senyap)

Last sekali pas makan tu aku tnya kak ain,

' Kak Ain, celine tau ke kak sal pregnant?' tnyaku pada kak ain dengan penuh keseriusan

' lor, satu opis dah tau azam...'

owh, ding dong......sengal...........penat je aku tahan idea2 aku tadi......
p/s la plak: sila pergi ke blog kak sal plak kalau bosan. blog beliau adalah

Monday, July 13, 2009

Ape jadi minggu ni 1

Hahahaha....

Dari 'ape jadi hari ni' tetibe je aku tukar ke 'ape jadi minggu ini' (actually minggu lepas).hahahaha

Pertukaran ini bukan menunjukkan ketidak konsistenan aku ye wahai kwan kawanku tapi lebih kepada aktiviti aku yang menjadi semakin sibuk,hahahaha..korang tau x pas je aku pos blog aku yang sebelum ni (yang pasal aku xde keje tu)..tetibe je boss bagi aku keje..ngwah3..cabul sungguh mulut aku ni..(in this terms, its my hands dude...damn!!)

since last khamis, aku x berhenti2 pg HQ yang terletak kat shah alam. first time aku g warehouse, pastu g HQ...dan yang menjadikan akulebih penat adalah perjalanan yang sepatutnya sebentar itu telah dijadikan jauh apabila aku sesat, alamat yang tertulis adalah JALAN PENGACARA tapi kat area tu dia tulis JALAN PENGATURCARA..cinabeng sungguh!!!!

Padahal aku dah berpusing2 kat area tu 5 kali then baru la aku jumpa opis ku yang cantik itu. Keje aku haritu tunggu boss dan jumpa ngn client n meanwhile aku menunggu tu, aku menghabiskan masa ngn menyelongkar warehouse tu untuk mencari valve yang dikehendaki.
Lepas 2 jam mencari, barula au dapat menjumpai Valve yang dikehendaki..damn, mandi peluh aku tgok pekerja angkat2 kotak..keh3..aku duk kat kipas je.

Pas dah jumpa valve tu, aku ingtkan keje dah settle.. rupe2nya TIDAK..kwang3...aku kene inspect dulu valve tu n make sure semua ok.. dan ternyata 4 dari 6 valve yang dikehendaki menghadapi masalah....damn!!

Pening kepala tapi aku suka, problems will only let out my strength!!!! yosh...
and the epic saga continues......sie la vie~

6 biji Valve yang menjadi mangsa buruan aku...

4 biji yang putih ni memang bermasalah

ni 2 biji yang bagus(baru..baru memangla bagus)