Monday, September 28, 2009

Ape jadi Hari ni 8- Semalam yang membuat aku letih

Semalam adalah hari pertama kembali bekerja selepas seminggu bercuti raya...Cuti raya amat memenatkan tetapi juga amat best. Sebab dapat jumpa saudara mara yang lama terpisah dan mengumpul duit raya walaupun umur aku dah lama lepas umur yang layak..keh3...

Semalam Aku bawak Salleh ngn Lan dtg lepak kat umah, Lan datang ngn tujuan untuk Interview hasil korekan aku ttg jawatan jawatan kosong kat Transwater n Salleh datang kununnyer utk bermain futsal dengan member2...pergh, datang dari segamat ke Kl semata mata nk g main futsal... tapi aku layankan jela pale member aku yang sorang ni...

Semalam pagi, Lan nyer interview kul 10 pagi tapi sebab alang alang aku nk g keje aku bawak la mamat tu sekali, Lan jelas sangat nampak menggelabah tapi aku advice kat dier slow, suh die relax je....tarik nafas dalam dalam.... tak tau la berhasil ke x..

Sampai sampai aku terus je masuk opis, aku biarkan Lan lepak kat mamak bawah tu, dalam kul 9.35 Lan naik, aku usha je dari cubic aku... from here on, you're on your own bro...Agak lama gak la interview Lan, dia kuar2 jam dah kul 11.30..dekat 2 jam tu...pergh.... aku suh Lan lepak mamak, kul 12.30 nanti aku hantar die balik la sebab dier x tau jalan..

dalam kul 12.00 gitu, tetibe Sim Card aku buat hal....phone x dapat detect, aku ingt phone buat prob, tapi bila aku try sim Nurul, boleh je berfungsi ngn baik... mungkin dah samapai masa nk arwah kan sim Card aku yang dah berumur 6 tahun tu.. so sampai la sekarang ni, aku memang out of reach la.. tengah hari nanti baru nk g amik sim baru..

berbalik pada cter Lan, kul 12.30 patutnyer aku dah anta die balik tapi dalam kul 12.15 cmtu tetibe guruh berdentum kuat , hujan lak turun mcm nk ribut....maka terbatal la niat murni aku tu... yang lebih kesian adalah Salleh yang duk kat umah sorang2...dah la member dia x datang, pastu dier plak xley kuar sebab xde kunci umah..kwang3...kesian gler dowh...nanti ada cter lagi sedih..bawah sket ea...

kul 12.30 aku turun jumpa Lan kat mamak, jumpa Lan je dia dah ketawa ketawa... dia tunjuk pada aku mesej2 dari salleh..antara mesej itu berbunyi begini..

1. Beb, biler korang nk balik..aku dah buntu ni

2. Balik cepat la, perut aku dah mendidih

3. Nanti tapau la kt aku, nk nasi lebih, ngn ayam goreng, sayur n sambal lebih. cepat sikit!!!

mesej last tu buat aku ketawa dn sedih, kesian gler member aku..aku suh je dia makan kuih raya atau segala jenis makanan yang dia ley dapat kat umah tu..hahahaha

dalam kul 1 lebih hujan still x benti so aku decide suh lan tdo kat Masjid jer..agak bengong gak la kan suh member duk masjid sampai kul 5.30 ptg.. Nak buat cmner, dah aku suh amik motor balik, dia takut sesat..hahahaha..nasib ko la Lan.

Aku xde tepon, Lan xde Transport and Salleh sorang kat umah belum makan..aku ingt tu dah cukup tragis tapi rupanya dugaan Tuhan ni bnyak....

Kul 5.30 aku gegas g amik Lan kat Masjid Bandar Sri Damansara, sampai sampai kat situ lan tunjuk mesej dari Salleh..

1. woit biler nk balik ni, umah ajam xde karen, tadi orang TNB datang potong..

GULP!!!!!

ape ke hey???!!!!! tiap2 bulan beb gua bayar sewa beb!!!!, tuan umah ckp dia nk bayarkan sekali ngn sewa tapi tetibe jadi cmni, time member aku lepak kat umah plak tu..siyes terbakar hati aku..aku amik lan cepat2, pastu aku gegas ikut NKVE(jalan paling cepat balik umah tapi juga banyak lori)..

elok2 je aku sampai kat Tol Subang, masuk dalam sikit tetibe motor aku terasa pelik semacam... dan disitu iman aku yang nipis teruji lagi...tayar belakang bocor...damn!!!..sabar azam sabar kataku... Lan member aku yang cepat cuak pun makin cuak, tapi aku malas nk cuak2...aku tolak motor sampai petronas dekat situ pastu aku tepon je pomen suh ganti tiub...kene arr rm20...nasibla kan..puncanya, ada tertusuk pisau blade kat situ(alar, pisau kecik tu)..sapela punyer keje buang piasu merata rata ni..harem sungguh...

Sampai2 dekat area umah, aku terus g kedai mamak, belikan nasi ngn ayam sebanyak yang ley sumbat..huhuhu..cian dowh salleh x makan g dari tadi..mau kebulur dah mamat tu...

Sampai umah, aku tengok surat Cinta dari TNB, bil eletrik dah x dibayar dari bulan 3.. what????!!!! memang siyes aku terbakar.. aku masuk umah tu bulan 6 and Bil x bayar dari bulan 3..fuh..kegeraman yang x dapt dilepaskan kemana mana..maka aku diam jer, aku tnya budak2 ni sepul mana, since dia yang deal pasal sewa umah ngn kakak tu, maka aku nk dia bagi expalnation yang bley diterima tapi dia awal2 lagi dah kuar...hurm...ape kes yer? aku tertnya sendiri..

Salleh plak ckp die kne gerak Kuantan mlm tu gak sebab Bos suh ganti pegi meeting kat indera Mahkota...aiseyh, dahla x g mana2, terseksa pastu x sempat lak nk beronggeng...serba salah aku..last2 aku ajak g beraya kat umah sarah ngn Yati, tang tu gak aku tepon Yati suh belikan tiket bas untuk Salled dari Shah Alam, senang..at least die akan berjalan gak kann..huhuhu..

Sebenarnya aku penat giler, siyes penat, badan dah macam kotak2 tapi x sampai hati nk biar member balik cmtu..lepak2 umah sarah ngn Yati sampai kul 11 pastu balik.. balik tu tukar baju, baring and terus aku tertido,

Hurm....letihnyerr badan...sabar ye En Badan...nanti kita g SPA....cewah..huhuhu

Tuesday, September 15, 2009

Ape jadi Raya ni???-Buang ibu di Aidilfitri

Tadi pagi aku duk opis, aku bukak harian metro..meremang bulu roma aku..menitis air mata aku..x tersangka, ada orang yang keras hatinya..mcm b%bi..marah betul aku!!!!!

Ya Allah, Engkau laknatilah orang yang menganiaya kedua orang tua mereka dan engkau jauhkanlah kami semua dari mengikuti jalan yang engkau laknati...-amin

Oleh Mary Victoria Dassmaryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.
Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.
penjaga berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya. Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

Monday, September 14, 2009

ape jadi bulan lepas..wahaha-XPDC Gunung Datuk, Rembau


mereka berdua mampu tersenyum pas minum air 2 tin sorang..haha
ni baru turn, penat tahap gaban
kami yang semakin bengong sebab kurang oksigen
Kami di puncak ni Bro- Menggapai Awan..
Darkness in the clouds..hu3
Hidayah yang comey..hik3..tunang orang ni weyh
Ha..yang ni mak orang..hu3..gurau je kak Haidar
Aku di posisi yang xbley blah
sikit lagi nk nampak langit weyh!!!
syar, Hidayah n haidar..
pergh..smart giler gambar ni....wooohoo!!!
hidayah yang weak di awal pendakian..awl je pastu dia paling laju
ape amik gambar time aku pusing ni??? x senonoh
Geng2 Gunung Datuk..yang len g toilet..biasa arr pompuan
Full Pic, Geng Gunung Datuk
Selamat Datang gunung Datuk
Close Up sket..he3

Thursday, September 10, 2009

Ape jadi Hari ni 7- Monolog dalam diri

Hari ini,
aku duduk di kerusi ini,
memikirkan tentang HATI dan NURANI,
seperti aku tersedar dari MIMPI,
dikejutkan oleh satu entiti,
aku TERGAMAM sendiri,
sejak BILA aku begini?
kerana APA aku begini?
mahu ke aku, ......... TERUS begini?

hatiku seperti MATI
nuraniku SEPI
seperti api
yang MALAP
lalu MATI

Aku tahu aku bukan begini
aku tahu mana perlu ku tujui
aku tahu bila perlu berhenti
aku jelas kenapa aku menyepi

Kerana aku hanya mencari DUNIAWI
aku melupakan UKHRAWI
dan akhir akhir ini
aku seperti melupakan ILAHI

Bantulah aku Ilahi
Mencari kekuatan dalam DIRI...



Tuesday, September 8, 2009

Ape jadi Hari ni 6- Kemarahan aku pada si INDON Bodoh

Penunjuk perasaan mahu usir rakyat Malaysia

Daripada BORHAN ABU SAMAHborhan.samah@utusan.com.my

SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP



JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.
Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.
Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.
Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.
Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan
p/s- Bengang sungguh aku ngn depa yang mcm bodoh..pasal tarian pendet yang diorang tu sendiri tak pernah tau pun nk kecoh2..dasar Indon!!!!
Cam muka mamat tu, kalau dia masuk je Malaysia, kita sula dia ramai2.....hahaha