Monday, July 26, 2010

Climber

pernah x korang dengar kata orang2 bijak pandai dulu kala? Ala, yang ckp, walau setinggi mana kita terbang dilangit tinggi, jangan sesekali kita lupa tempat berlonjak. Setulusnya, aku rasa untuk melihat kembali tempat kita melonjak, adalah sesuatu yang mustahil. Sekurang kurangnya mustahil untuk aku. aku tak pernah mahu melihat kembali tempat aku melonjak. tempat aku mula berdiri. tempat aku, mengenal segala erti. Bukan aku sombong, bukan juga aku bongkak.. cuma aku, ingin terbang lebih tinggi.

Pernah x korang naik ke suatu tempat yang sangat tinggi, dan bila korang dah naik tinggi sgt, korang takut nk melihat ke bawah. terlalu takut sehingga perasaan hati seakan berdebar, berdegup laju dan kencang. memberikan perasaan yang aneh, tidak selesa dan tidak keruan. Rasa takut, seolah olah jikalau terjatuh, akan memberikan perasaan sakit yang teramat kepada jasad. Semakin tinggi kita naik, semakin berisiko jika kita jatuh.

ironinya, ia sama dengan kehidupan kita. dari bawah, sedikit demi sedikit, kita memanjat naik keatas. Dan tanpa sedar, kita sudah jauh. Juah dari tempat bertapak. Mahu x mahu, kita memanjat. semakin tinggi, dan semakin tinggi.

namun dalam usaha kita memanjat keatas, ada sesuatu yang membezakan kita. membezakan kau dan aku. aku tidak gemar melihat kebawah, aku tidak asyik untuk melihat dimana aku bermula. sekali sekala? itu mungkin.. sentiasa? itu mustahil..

Monday, July 12, 2010

I WaNt iT aLL...

dalam hidup ni, ada banyak benda yang aku mahu. Yang aku nk. Duit? bukan salah satu darinya tapi aku sangat pasti, duit adalah penghalang kepada segalanya.

Aku mahukan diri aku menjadi seorang yang berjaya, seorang yang dihormati, disanjung tapi tidak semestinya dijunjung. Aku nk hidup aku sempurna, sempurna sebagai seorang manusia dan sebagai lelaki. Aku nk hidup aku bersejarah, bererti.....bermakna

tapi aku realis, aku tau aku bukan sempurna untuk semua itu. Aku mahukan seorang isteri yang memahami, tapi aku sendiri belum mampu mencari. Aku mahukan sepasang anak yang setiap hari memberikan aku cabaran dan kebahagiaan. Kegembiraan dan sedikit kesulitan. Tapi aku sedar aku sendiri masih terkapai2 dalam lautan kehidupan yang x bererti ini. semakin aku yakin untuk terus berdayun, semakin jauh aku dengan pantai fantasi yang sentiasa memberikan harapan.

Aku mahukan rakan sentiasa disisi..namun aku sendiri suka menyepi..aku sentiasa mahukan mentari memberi sinaran, tapi aku sering mengelak bila apa yang aku hajati..telah diberi. manusia jenis apakah aku ni?aku tau..jenisnya aku ini..adalah sama seperti kamu. ye..aku dan kamu! kita sama ...x pernah mensyukuri

Friday, July 9, 2010

tinnnnnnn..Tonnnn...ting3...honk!

Dari Ho chi Minh, sampai la aku ke Vung Tau ni smlm x benti2 aku dgr bunyi hon merata...adala selang satu minit..ye wahai kawan2...selang seminit(kira lama la average aku bagi ni) mesti dorang hon..mula2 aku pikir..giler ke ape orang2 kat sini(aku pikir dalam hati je tau).. bunyi hon tu aku rasa dah macam bunyi Vuvuzela tapi dengan irama yang turun naik dan kalau diamati sambil duduk dikerusi malas di tepi pantai akan terasa seperti nk kene penyepak (guna kaki)..he3

makin lama makin aku duduk dalam teksi tu, perasaan aku mula berubah dari nk bagi penyepak kepada respek a.k.a kagum yang tak ternilai..(tipula kalau x ternilai kan)...kagum sikit jela..terexxagerate plak..mahap tuan puan...he3...sebab2nye adalah seperti ini:

1) aku tak nampak seorang atau sekereta polis pun merayau2 naik keta atau motor..apetah lagi basikal atau pun motor+basikal(jenis kayuh2 pastu biar jalan..more stories on this)

2) semua orang, motor dan kereta serta lori dan bas, bergerak pada kelajuan purata 40-50 km/jam..see..respek kan..kan2? kan oit!!! diam plak..jawab la...hahahaha..gilos plak aku sekejap

3) dari beribu ribu orang yang aku jumpa selama aku kat sini (ptg2 ramai gile babun org jalan dan naik motor), aku baru jumpe seorang je pompuan gemuk...see...again, see...kagum lagi kan..kan2..kan weyh..hahaha...kalau kat malaysia, korang jalan semeter jep dah jumpa 10-15 pompuan gemuk, kalau ada yg cun pun..perut mesti nk berebut nk tonjol pusat..dahla buruk, pastu sibuk nk pakai ketat2.. ( sori ye yg terasa..aku pun agak buncit gak..samala kita kearah hidup sihat..he3)..teruskan..yosh!

4) orang sini bawak kenderaan mcm orang gile..walaupun fakta mengatakan orang gila xley memandu..aku tetap tegas dengan pendirian aku yang kukuh seperti kukuhnya sepohon pokok.. daunnya rimbun.....hahahaha...balik pada cter asal, walaupun bawak mcm org gila, tapi xde eksiden(sebab orng bawak slow)..bukan bwak laju tapi cara bawak yang tak mungkin berlaku di malaysia..nk u-turn, main u-turn je walaupun banyak gile bab* keta dan motor..bukan u-turn kat simpang tau...tgah2 jalan..melintas pu xyah tgok kiri kanan..

5) di Malaysia orang sibuk nk kaji motor + basikal (yang korang kayuh2 pastu biar sendiri dia jalan tu). kat sini..beribu orang pakai..buat aku terpikir..ape yg budak2 USM,UM,UITM kaji ni....enjin roket kot...hahahaha


Malas dah nak taip..penat..sygnye aku x bawak kamera..esok2 kalau dtg lagi aku maik gambar n upload..adios

4)