Tadi aku duduk dalam kereta, kepala yang seakan sarat dengan pelbagai masalah yang tak pernah berhenti aku lentokkan ke sisi tingkap kereta Myvi putih Aswan yang bergerak perlahan di tengah kesibukan New Klang Valley Expressway.
Sedang Bob sibuk menyanyi lagu Cik Ainun yang dipopularkan oleh S. Jibeng, aku tersenyum sendiri. Tapi benakku yang satu tak pernah berhenti berfikir, seakan akan ada bebanan yang terlalu berat sedang ditanggung
Hingga tiba tiba hati kecil berbisik..
' x pernah bersyukur ke aku?..
aku seperti terlalu banyak merengek atas ujian yang menimpa, merengek dan mengeluh sehinggakan aku tak lagi memikirkan rezeki mencurah curah yang tuhan beri.
' Jangan mengeluh, nanti Allah tarik balik rezeki kita ' pesan ayah yang sedikit tidak selesa bilamana aku kerap kali mengeluh tiba tiba terngiang ngiang ditelingaku.
Semenjak aku bekerja, aku sering kali mengeluh, hanya memikirkan masalah sehari demi sehari, namun jarang sekali aku memikirkan nikmat yang sedang aku rasai.
Rakan rakan yang dulu belajar bersama dengan aku, sehingga kini masih belum mampu berdikari, duduk dirumah mengharap simpati tapi bukan aku. Aku telah mampu berdiri sendiri.
Aku telah mampu mengangkat martabat diri.
Semua ni rezeki, Tuhan yang beri
Bukan aku cuba melonjak diri aku aku hanya cuba mentarbiah diri.
Aku sepatutnya ketepikan masalah ini. Kerja.. memanglah tugasnya menyelesaikan masalah. Sebab itu aku dibayar tinggi, setimpallah dengan tanggungjawab ini.
Aku seharusnya mensyukuri nikmat ini...
bersyukur kerana aku dikurniakan nikmat Ilahi
bersyukur kerana aku berjaya mengejar mimpi
Mimpi yang suatu ketika dulu hanya mampu aku bicarakan dengan ilusi
Kini menjadi realiti
Alhamdulillah ~
No comments:
Post a Comment