Berbulan bulan lamanya aku hidup menyimpan dendam
Dendam yang sentiasa membara dan xpernah aku biarkan padam walau sekejap
Bukan aku x pernah terfikir untuk melupakan dan memaafkan
Tapi aku sendiri yang tak mahu api dendam yang membakar hati aku padam
Bila saja api itu semakin malap,
Aku nyalakan kembali dengan berbantukan kata kata syaitan laknat
Dan bila mana api dendam itu kembali marak
Aku seakan puas
Puas yang dibuat buat
Aku jelek dengan diri sendiri
aku jelek dengan kata hati yang asyik mahukan balasan yang sebenarnya xpernah layak diterima
Aku mula BOSAN!!!
Bosan dengan kata kata yang sama dari nafsu dan syaitan laknat
Bosan dengan kehendak yang aku sendiri tidak tahu bila akan membuat aku puas
Aku perlu berhenti
Berhenti dari berdendam
Hari ini
Aku mahu melupakan segalanya
Aku mahu bebas
bebas dari kurungan dendam yang aku buat sendiri
Benar!!!
Aku ingin sangat memaafkan
Ya Allah,,
Bantulah hambamu ini
Bantulah aku mencari kekuatan untuk memaafkan
memaafkan dan melupakan
Benar...
Aku penat dengan semua ini
Bantulah aku Ya Allah
Kuatkan hatiku
Tetapkan jiwaku
Padamkan Api ini
Hilangkan derita ini
DAMAIKANLAH
TENANGKANLAH
Bantulah aku Ya Allah
Kerana aku
Ingin benar memaafkan
aku s0k0ng usaha ko azam..t0 f0rgive is divine..
ReplyDelete