Aku yang lengkap berpakaian uniform sekolah berbaju putih dan berseluar hijau. Keluar dari rumah, pantas terbujur sekujur tubuh yang amat aku kenal. Helmi, kawan sekolah rendah..pelik, fikirku dalam hati... xpernah2 emy (nama panggilan beliau) dtg nk saing jalan kaki ngn aku... dan alang2 beliau dah ada..aku xkisah pun, jalan jela..
sepanjang perjalanan yang hampir 1km tu, aku lihat banyak sangat buah durian diatas pokok, dan lebih banyak lagi buah durian yang terletak di pinggiran jalan. Beberapa kanak kanak leka mengupas buah durian dan makan sepuasnya.. aku nk singgah, tapi memikirkan yang baju aku nnt akan kotor untuk ke sekolah..aku batalkan niat hati..kakiku terus melangkah
dalam perjalanan, bnyak jugak aku sembang ngn emy..dan macam biasa, topik kami tidak terbatas kepada satu dua perkara, terlalu banyak sangat perkara yang dibualkan bermula dari topik sekolah,cikgu hinggalah ke topik ekonomi dunia yang semakin pulih... Dalam x sedar, kami berdua sudah hampir benar dengan sekolah.. dan dalam beberapa ketika, kaki kami berada betul2 di depan pagar Sekolah Menengah Pemanis..Yosh!!!
Emy melangkah melintas pagar tapi selepas beberapa langkah, hanya kelibat emy seorang yang melepasi pagar.... beliau menoleh kebelakang dan melihat pada aku.
"jom la... kau xnk masuk ke?" kata Emy membuat aku tersentak...
Entah kenapa... ketika itu juga, terlalu banyak sangat perkara bermain difikiran aku...
aku dah tingkatan 4, sekarang dah bulan 3..tapi aku belum mendaftar lagi ke sekolah..nk ke aku sekolah disini?? semua soalan meluru pantas kedalam minda.. aku terdiam..ape aku nk belajar? semua orang dah jauh..tapi aku? aku masih dibelakang...sekarang ke masa untuk bermula semula? atau patut aku pulang?
Niat hati, nk terus masuk..melihat rakan rakan yang gembira di kelas..tapi entah kenapa..kaki aku ingkar, tidak mahu mengikut kemahuan hati..
Kenapa? kenapa kaki aku bertindak begini..aku keliru..aku confused...kaki aku berpusing dan menuju ketempat lain..terlalu laju untuk aku katakan berjalan..seakan akan berlari...Ya, dan aku berlari sekuat hati...
Sampai di tebing sungai..aku berhenti, menarik nafas sedalam dalamnya..kenapa tubuh ini tidak mengikut kata hati?
aku nk pg sekolah!!!! jerit aku sendiri.....
'kenapa kau nk pg sekolah?' kata satu suara yang datang kepada aku..
aku menoleh..terlihat kelibat satu tubuh, tapi xdpt aku cam siapa..aku cuba pandang lagi..masih x dpt aku lihat.. aku berdiri, berjalan menuju kearah beliau..
dan sekali lagi beliau bertanya..
'kenapa kau nk pg sekolah?.....kau sekarang buat ape?" soalan yang agak bertubi tubi dan membuat aku semakin keliru..
Hati aku terdiam..kosong..tiada jawapan..dan tiba tiba, bibir aku yang terkatup sekian lama mula berbicara..
Aku Mohd Norazam..Seorang Jurutera.. bukan pelajar...
Disaat itu, akal yang sekian lama hanya memerhati tiba2 bagai dipukul untuk sedar...
Ya, aku jurutera..aku dah kerja..buat ape nk pg sekolah..
Mata yang tertutup juga lantas terbuka..aku pandang kanan dan kiri..tersembul muka zul kat sebelah...sh&t!!
rupanya aku masih dirumah...damn...... tgok jam baru kul 5 pagi..
Mungkin stress keje di pejabat yang belum selesai, konflik kecil bersama Khalizatul, api dendam yang masih berbara dan keletihan yang teramat sangat menyebabkan aku tertidur tanpa rela...
damn..im gonna need some time alone
No comments:
Post a Comment