dalam hidup ni, ada banyak benda yang aku mahu. Yang aku nk. Duit? bukan salah satu darinya tapi aku sangat pasti, duit adalah penghalang kepada segalanya.
Aku mahukan diri aku menjadi seorang yang berjaya, seorang yang dihormati, disanjung tapi tidak semestinya dijunjung. Aku nk hidup aku sempurna, sempurna sebagai seorang manusia dan sebagai lelaki. Aku nk hidup aku bersejarah, bererti.....bermakna
tapi aku realis, aku tau aku bukan sempurna untuk semua itu. Aku mahukan seorang isteri yang memahami, tapi aku sendiri belum mampu mencari. Aku mahukan sepasang anak yang setiap hari memberikan aku cabaran dan kebahagiaan. Kegembiraan dan sedikit kesulitan. Tapi aku sedar aku sendiri masih terkapai2 dalam lautan kehidupan yang x bererti ini. semakin aku yakin untuk terus berdayun, semakin jauh aku dengan pantai fantasi yang sentiasa memberikan harapan.
Aku mahukan rakan sentiasa disisi..namun aku sendiri suka menyepi..aku sentiasa mahukan mentari memberi sinaran, tapi aku sering mengelak bila apa yang aku hajati..telah diberi. manusia jenis apakah aku ni?aku tau..jenisnya aku ini..adalah sama seperti kamu. ye..aku dan kamu! kita sama ...x pernah mensyukuri
No comments:
Post a Comment