Monday, July 26, 2010

Climber

pernah x korang dengar kata orang2 bijak pandai dulu kala? Ala, yang ckp, walau setinggi mana kita terbang dilangit tinggi, jangan sesekali kita lupa tempat berlonjak. Setulusnya, aku rasa untuk melihat kembali tempat kita melonjak, adalah sesuatu yang mustahil. Sekurang kurangnya mustahil untuk aku. aku tak pernah mahu melihat kembali tempat aku melonjak. tempat aku mula berdiri. tempat aku, mengenal segala erti. Bukan aku sombong, bukan juga aku bongkak.. cuma aku, ingin terbang lebih tinggi.

Pernah x korang naik ke suatu tempat yang sangat tinggi, dan bila korang dah naik tinggi sgt, korang takut nk melihat ke bawah. terlalu takut sehingga perasaan hati seakan berdebar, berdegup laju dan kencang. memberikan perasaan yang aneh, tidak selesa dan tidak keruan. Rasa takut, seolah olah jikalau terjatuh, akan memberikan perasaan sakit yang teramat kepada jasad. Semakin tinggi kita naik, semakin berisiko jika kita jatuh.

ironinya, ia sama dengan kehidupan kita. dari bawah, sedikit demi sedikit, kita memanjat naik keatas. Dan tanpa sedar, kita sudah jauh. Juah dari tempat bertapak. Mahu x mahu, kita memanjat. semakin tinggi, dan semakin tinggi.

namun dalam usaha kita memanjat keatas, ada sesuatu yang membezakan kita. membezakan kau dan aku. aku tidak gemar melihat kebawah, aku tidak asyik untuk melihat dimana aku bermula. sekali sekala? itu mungkin.. sentiasa? itu mustahil..

2 comments: