Hari ni aku rasa berduka
sepertinya semua kian hilang
bagai bintang ditelan subuh
satu demi satu
menghilang dari mata
Aku duduk disini
Muhasabah pada diri
dimana aku kini
kemana aku nanti
Pedih, sayu, sedih
Semuanya aku telan sendiri
pada engkau
tidak kan mungkin aku mengadu
cukuplah jika hanya engkau tahu
satu demi satu
kalian pergi
meninggalkan aku
berdiri sendiri disini
menggenggam erat janji dahulu
aku masih sendiri
termanggu melihat kalian pergi
bodohnya aku
tidak mengangkat kaki melangkah
bukan kerana aku tidak mahu
tapi kerana aku tidak tahu
No comments:
Post a Comment