Aku mula hidup merantau, tinggalkan keluarga sejak aku berumur 13 tahun. Since then aku x berpaling kebelakang lagi, demi masa depan, aku tinggalkan keluarga, kejar ilmu di tanah orang. Masa untuk bersama mak dan ayah sangat terhad, sangat..sangat..terhad. cuma masa cuti je boleh jumpa. Aku sendiri melarang mak dan ayah dtg jumpe aku jauh2. Bukan aku nk sombong sebab keluarga aku orang felda, bukan aku malu sebab mak ayah aku orang susah. Tapi aku sedih mengenangkan setiap kali dorang nk dtg selangor, bnyak duit kene kuar, aku risau memikirkan jauhnya perjalanan antara johor dan Pulau Pinang, aku takut bila memikirkan segala yang terjadi sebab mereka nk jumpa aku.
Pernah sekali, mak ayah atuk dan adik2 datang penang sebab nk tgok keadaan aku, balik dari penang, kereta rosak kat Taiping. Kesian mak dan ayah. Aku bukan nk derhaka, tapi aku xnk mereka susah sebab aku. aku bukan lupa daratan.
Adik beradik lain selalu dpt makan bersama, enjoy pg mandi air terjun, mandi laut sama2..tapi aku xdpt semua tu, sebab aku jauh kat utara. Sekarang bila dah kerja pun sama, aku jarang luangkan masa dengan keluarga. Sebab aku selalu ke laut. Kadang2 dpt tgok je kat Facebook gambar2 dorang mandi kat taman tema, riang ria. Bukan aku xnk, aku x boleh.
Jadi bila aku ada masa, aku seboleh2nya nk luangkan masa dengan keluarga aku. Walaupun cuma seminit lebih.Sebab aku sngat2 menghargai masa tu. Orang yang hari2 tgok muka mak ayah x menghargai detik2 bersama. Take things for granted kata orang putih. Sebab x pernah berjauhan, kalau ada pun cuma masa belajar di Universiti.
Aku xde peluang macam tu. Aku korbankan masa dengan keluarga, tapi xkan sesekali aku korbankan keluarga aku. Aku sayang keluarga aku, susah mereka, susah juga aku. Senang mereka, senang juga aku. Aku x berjaya hari ni kalau xde sokongn dari mak, aku x sekuat hari ni kalau tak kerana nasihat ayah. Aku x segigih hari ni kalau bukan kerana adik, abg dan kakak aku.
Bukan senang nk jauh dengan keluarga. Lebih2 lagi bila ada keluarga besar mcm aku. So please, dont ever make fun of me spending time with my family cause u were never there in my seat. And you will never have to.
Even man have heart~
The man in the family
And the princess of the kingdom
The new jewel to the collection
salam...
ReplyDeleteazam..aku sokong 100% apa yang ko tulis..
family is no 1..
gunakan masa sebaik baiknya dengan family...
tak kisah apa orang kata....
korbankan apa saje utk family...yang paling penting pengorbanan masa...
trust me... one day, ko akan rasa berbaloi dengan apa yang ko buat...
insyaALLAH...