Wednesday, February 29, 2012

my family is my backbone

Aku mula hidup merantau, tinggalkan keluarga sejak aku berumur 13 tahun. Since then aku x berpaling kebelakang lagi, demi masa depan, aku tinggalkan keluarga, kejar ilmu di tanah orang. Masa untuk bersama mak dan ayah sangat terhad, sangat..sangat..terhad. cuma masa cuti je boleh jumpa. Aku sendiri melarang mak dan ayah dtg jumpe aku jauh2. Bukan aku nk sombong sebab keluarga aku orang felda, bukan aku malu sebab mak ayah aku orang susah. Tapi aku sedih mengenangkan setiap kali dorang nk dtg selangor, bnyak duit kene kuar, aku risau memikirkan jauhnya perjalanan antara johor dan Pulau Pinang, aku takut bila memikirkan segala yang terjadi sebab mereka nk jumpa aku.

Pernah sekali, mak ayah atuk dan adik2 datang penang sebab nk tgok keadaan aku, balik dari penang, kereta rosak kat Taiping. Kesian mak dan ayah. Aku bukan nk derhaka, tapi aku xnk mereka susah sebab aku. aku bukan lupa daratan.

Adik beradik lain selalu dpt makan bersama, enjoy pg mandi air terjun, mandi laut sama2..tapi aku xdpt semua tu, sebab aku jauh kat utara. Sekarang bila dah kerja pun sama, aku jarang luangkan masa dengan keluarga. Sebab aku selalu ke laut. Kadang2 dpt tgok je kat Facebook gambar2 dorang mandi kat taman tema, riang ria. Bukan aku xnk, aku x boleh.

Jadi bila aku ada masa, aku seboleh2nya nk luangkan masa dengan keluarga aku. Walaupun cuma seminit lebih.Sebab aku sngat2 menghargai masa tu. Orang yang hari2 tgok muka mak ayah x menghargai detik2 bersama. Take things for granted kata orang putih. Sebab x pernah berjauhan, kalau ada pun cuma masa belajar di Universiti.

Aku xde peluang macam tu. Aku korbankan masa dengan keluarga, tapi xkan sesekali aku korbankan keluarga aku. Aku sayang keluarga aku, susah mereka, susah juga aku. Senang mereka, senang juga aku. Aku x berjaya hari ni kalau xde sokongn dari mak, aku x sekuat hari ni kalau tak kerana nasihat ayah. Aku x segigih hari ni kalau bukan kerana adik, abg dan kakak aku.

Bukan senang nk jauh dengan keluarga. Lebih2 lagi bila ada keluarga besar mcm aku. So please, dont ever make fun of me spending time with my family cause u were never there in my seat. And you will never have to.

Even man have heart~ 

                                                  The man in the family

                                                And the princess of the kingdom


                                               The new jewel to the collection

Exhausted

Hari ni aku baru balik dari offshore, Biasa aku bangun kul 5.30 kalau kerja tapi memandangkan hari ni aku x kerja, aku bangun lambat sket, kul 6 dah terbukak mata. chopper briefing start kul 9.30..Mak aih, lama lagi tu. Aku pejamkan mata balik, tup2 daj kul 8. Beg ape semua x kemas lagi. Aku bangun walaupun malas, aku amik towel g bilik air. Kapal Armada Firman yang aku duduk terasa bergoyang tapi alhamdulillah x sekuat dua hari lepas. Nak mandi pun aku malas sebenarnya, tapi alang2 dah sampai bilik air, aku mandi jela. Dengan x sabun, x gosok gigi, aku capai towel, kuar bilik mandi balik bilik. Yang penting sel2 badan aku dah disegarkan ngn air suam yang besh. Hu3...

Dah siap2 kemas beg, aku angakt beg, MasyaAllah..beratnye beg aku. Beg ada 3. Satu beg laptop, satu beg baju n satu lagi beg tools. Adeyh, ni satu lagi seksa ni nk memanjat tingkat 6 nk g briefing room. Kalau la ada lif, kan ke tersimpan sket kudrat aku ni.Aku tgok gangway (jambatan yang menghubungkan Firman and mother platform), ombak x kuat sgt..Alhmadulillah, Jam dah kul 8.45, perut plak lapar. Aku masuk galley tgok makanan semua dah xde. Dorang dah siap kemas. Nk tunggu tea break kul 9 jap lagi. Tapi kalau aku tunggu tea break, mmg x sampai la briefing room tu kul 9.30.. Nasib baik dalam galley ada cereal. Aku amik mangkuk, susu and cereal, aku makan..bolehla buat bagi ada tenaga sket2.

Lepas je check out kat medic, aku mulakan langkah mendaki mother platform yang macm azab sungguh nk dicapai. Dengan mengendong 3 beg, belakang, depan n tepi, aku gagahkan diri melangkah. Sebenarnya kalau takat ada beg, aku xde masalah. Tapi ni nk kene pakai life jaket plak..satu hal.

Naik sampai tingkat 5, aku dah mengah..berhenti jap 5 minit amik nafas...Aku teruska lagi perjalanan..

Sampai di briefing room, aku terus on scale machine, aku letak beg, nk timbang..doa2 janganla ada kene bounce pasal berat lebih. Berat 3 beg je dah 21 KG..21KG!!!!! patutla rasa berat je dari tadi mengendong tiga beg ni naik tingkat 6. Jap g nk kene g naik kat Heli deck plak.. tu tambah 2 tingkat g tu.

Alhamdulillah sampai abis briefing, medic xde sebut pasal bounce, aku pun buat senyap jela...

Briefing sejam, chopper kul 11. Ada g 30 minit. aku x buat ape. lepak2 sembang ngn orang. Bahu masih terasa sakit. sangat sakit

Naik je chopper, aku tido.. sedar2 dah sampai airport KB. Flight plak kul 3. AIR ASIA..damn! Napela xde firefly. dekat sket.

**************************

Aku sampai ofis dah ul 5.15 P.M.. Penat! Sakit!..exhausted... keta plak kene blok..adui..ingtkan sampai2 nk chow...

Kul 6 aku gerak. Menempuh liku2 jalan yang sibuk lepas orang balik keja. Dah mmg waktu abis keje kan. sempat jugak aku menyumpah sekali dua.. sabar zam, sabar...terdetik dalam hati aku..

Sebelum sampai umah, aku singgah bank, settlekan segalan urusan yang terbengkalai bulan lepas...tup2 kul 7.

Sampai umah aku terbaring, perut lapar. Badan letih, mandi malas..lama aku pikir.. sambil2 aku bukak FB, aku layan cik khali mesej. Sedar2 dah kul 10.17.. Sibuk tulih blog..Nak mandi tapi idea nk tulis bnyak..hurm...baik aku mandi la..chow u all



 Cara transfer dari bot pegi satelit platform..Kalau angin kuat, menggigil jugak la aku

BRA. Bunga Raya Alpha. Mother Platform for Talisman PM3. Jenuh tiap2 pagi naik ni.8 Tingkat!

Aku atas Baycorp subang a.k.a Kapal yang membawa aku saban hari dari BRA ke BKC. 3 Jam pergi and 3 Jam balik.

Setia Kasturi, Supply boat yang sentiasa berlegar di PM3. Armada Firman besar2 ni la jugak