memang aku hanya Azam..
aku bukan lelaki bernama adam...
Tak mungkin aku akan sebaik seorang lelaki,
yang wujudnya kerana imaginasi
tak mungkin aku akan sesabar seorang lelaki
yang wujudnya kerana ilusi
tapi aku tetap seorang lelaki
Yang suatu hari akan bergelar suami
aku tidak berkehendak seorang isteri
yang secantik puteri
yang seayu bidadari..
aku hanya mengimpikan 2 perkara dan hanya dua ini yang aku pinta dari sang isteri
kesetiaan sebagai tiang seri
dan perasaan hormat sebagai tirai yang menyelimuti
aku tidak menuntut kesempurnaan hakiki
bukan jua harta serba serbi
kerana aku jua sedar siapa diri ini
kerana aku hanya Azam
No comments:
Post a Comment