Tadi aku taip panjang2..pastu hilang..maka aku dah malas nk taip lagi..bongok punyer laptop...
Sunday, May 30, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Tiba tiba aku memikirkan perkahwinan....
Sekarang umur aku baru 24..satu jangka hayat yang mungkin ramai orang akan katakan masih muda. malahan tak kurang juga yang mengatakan usia aku ni teramat muda. Namun aku dan mungkin segelintir memikirkan sebaliknya.
Aku asalnya seorang anak felda, mengembara mencari ilmu di tengah kepesatan kota metropolitan yang mencabar, lalu aku teruskan hidup jauh di utara, membuka sayap hingga ke pantai timur yang akhirnya menjadikan aku kini seorang jurutera, masih muda, masih mentah, dan bakal menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang baik terhadap hidup mahupun karier.
Namun itu semua tidak pernah memadam siapa aku didalam diri ini. semua itu malahan, menjadikan jati diriku lebih kental.. lebih kuat..walaupun kadangkala aku juga tersasar..tapi itu lumrah..aku juga kan manusia. Yang lebih penting adalah aku sendiri telah mampu bangkit kembali. Bangkit dan kini lebih kuat
Seperti yang aku katakan tadi..aku juga manusia, ingin berkahwin, berkeluarga dan memiliki anak. Dan seboleh bolehnya, 2 pasang anak kembar yang comel seperti ibu mereka dan memiliki personaliti berjiwa besar, seperti ayah mereka.
Aku tidak mengharapkan isteri yang terlalu sempurna, kerana aku sendiri tidak pernah sempurna. Namun Tuhan telah menemukan aku dengan Khalizatul yang cukup sempurna untuk diriku ..membuat aku tersangat bersyukur. Alhamdulillah...tidak pernah aku meminta lebih dari ini.
Aku punya impian, punya harapan..punya cita-cita...untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak2. Untuk sentiasa bersama mereka tiap kali mereka memerlukan aku. Disaat isteriku melahirkan zuriatku,Disaat anak2 mula berjalan, disat gigi pertama mula terlihat.. dan disaat mereka bangun lewat malam memanggil namaku.
Karier aku kini tidak memungkinkan itu semua.. setidak2nya bukan sekarang... Dan aku merancang..mula membuat perhitungan..berikan aku 2 tahun..hanya selama itu yang aku minta darimu dunia..berikan aku sedikit masa..untuk aku menstrukturkan hidup yang seperti petak2 yang bertaburan ini..berikan aku masa untuk meninggalkan tongkat yang menopang kaki ini..agar aku bisa berlari, dan menggenggam langit tinggi....

Thursday, May 13, 2010
Memang aku hanya Azam....
memang aku hanya Azam..
aku bukan lelaki bernama adam...
Tak mungkin aku akan sebaik seorang lelaki,
yang wujudnya kerana imaginasi
tak mungkin aku akan sesabar seorang lelaki
yang wujudnya kerana ilusi
tapi aku tetap seorang lelaki
Yang suatu hari akan bergelar suami
aku tidak berkehendak seorang isteri
yang secantik puteri
yang seayu bidadari..
aku hanya mengimpikan 2 perkara dan hanya dua ini yang aku pinta dari sang isteri
kesetiaan sebagai tiang seri
dan perasaan hormat sebagai tirai yang menyelimuti
aku tidak menuntut kesempurnaan hakiki
bukan jua harta serba serbi
kerana aku jua sedar siapa diri ini
kerana aku hanya Azam

Subscribe to:
Posts (Atom)