Badan aku rasa penat sgt, aku baring kat tilam usang dalam dilik aku. Laptop terbiar atas meja, tibe2 mata aku melihat pada selonggok buku dalam rak hitam sebelah pintu bilik air. Tergerak hati untuk membaca buku yang diberikan oleh geng2 riang ria aku. Buku " aku terima nikahnya" baru habis sampai bab 2. Dah 2 tahun buku tu diberi tapi x pernah aku sempat habis membacanya.
Sehelai demi sehelai aku balik, menyambung bacaan aku berbulan lepas. Tiba bab persediaan perkahwinan. Mata aku terpaku pada ayat yang tertera " Rumah tangga bukan SAYA dan AWAK, tapi KITA dan KAMI. Begitu besar makna ayat yang cuma sebaris setengah itu hingga membuat aku termenung seketika.
Aku mencongak dengan jari jemari. Ada lagi hampir 24 minggu sehingga hari pernikahan aku dan khali. Mungkin lebih baik aku katakan KAMI. Ya, ada lagi hampir 24 minggu sehingga hari pernikahan kami tapi seperti masih terlalu banyak lagi perkara yang belum kami selesaikan. Rumah belum ada, barang hantaran belum lengkap, kad kahwin belum pun ditempah, Baju apatah lagi. Dan senarai in hanya akan berterusan dan berterusan. Aku terkedu bukan kerana memikirkan senarai barang yang belum siap tapi kealpaan dan kelekaan kami asyik memikirkan persediaan duniawi tapi tidak persediaan mental dan Iman.
Menjadi Suami, sudah sanggupkah aku memikul tanggungjawab sebesar itu, memikul dan menggalas setiap dosa yang dilakukan isteri, sedangkan diri dan dosa sendiri belum terampun, inikan pula mahu memikul dosa isteri.
Menjadi Imam, sudah mampukah aku melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain, melengkapkan waktu solat yang cuma 5 itu, menitipkan setiap bacaan dalam solat dengan sempurna?
Terkadang aku hairan, tapi aku juga kadang tersenyum dengan kehairanan ini. Ya, perkahwinan itu indah, cantik, Cinta itu fitrah, menzahirkan juga sudah ditentukan oleh Ilahi. Tapi aku masih musykil, kenapa manusia begitu bulat matanya memikirkan hari persandingan, memikirkan tetamu yang hadir, berfikir ini, berfikir itu. Sedangkan tuhan yang Esa, yang kita meminta kekita susah dan melupakan ketika senang, tidak langsung kita letakkan didalam timbang tara perkahwinan.
Bukankah tujuan perkahwinan itu indah.. Menambahkan jumlah insan yang menyembah Ilahi. Tapi, seperti yang aku katakan tadi, sudah utuhkan kita memikul cabaran itu. Ya Allah, bantulah aku....