Tuesday, May 10, 2011

Biarkan aku bermonoloque~

Sudah sekian lama aku tidak berbicara. Aku menyepi dalam kamar hatiku sendiri. Terkadang aku terniat untuk bersuara, tapi kerana waktu yang beredar, suara dalam hati terus senyap dan lesu. Api yang kadang membara untuk aku bermonolog padam dek arus masa dan kesibukan duniawi. Aku sendiri hilang dalam kekalutan yang kucipta ini. Untuk apa semua ini?tanya aku pada diri?demi masa depan?jaminan siapa usaha ini akan memberikan hasil seperti yang kuharap? Jaminan siapa aku akan terus bernyawa mengikut keinginan hatiku sendiri?
Tiada siapa mahu memikul bebanan jaminan itu. Tidak walaupun engaku seorang raja, raja yang mempunyai hotel2 mewah, raja yang mempunyai tanah ladang seluas lautan. Tidak walaupun engkau perdana menteri sebuah negara. Perdana menteri yang mampu mengekspoitasi harga minyak sesuka hati, perdana menteri yang mampu memberi komisen jutaan untuk sebuah kapal selam buatan perancis..TIDAK!!!aku jamin engkau tidak mampu memberi jaminan itu

Tapi jangan engkau lupa..aku sendiri tidak lupa. Tuhan yang Maha Agung pernah berkata:
AKU TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM, MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI!!!!

Ditambah pula kata Nabi Allah S.A.W
BERUSAHALAH KAMU, SEPERTI KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI, DAN BERIBADATLAH KAMU, SEPERTI KAMU AKAN MATI ESOK HARI.

Lantas kerana itu aku bermonolog sendiri, kerana aku merasakan hati aku semakin mati...aku berkerja seperti orang gila b*b*..tapi ibadatku?SEPI!!!!!!! Terkadang hati ini meluahkan kesal. Tapi NAFSU.....nafsu bangsat yang ada dalam diri ini.. diri AKU..diri KAU...sama2 mengatakan...
XPELA..XPAYAH SOLAT..DAH LAMBAT SGT.. dan aku turuti kata itu..aku KESAL...aku BENCI!!!!!

Aku sendiri tak tau pada siapa harus aku luahkan hati ini. Maka tolongla...engkau biarkanlah aku bermonolog disini..