Sunday, March 7, 2010

One Pit Stop

Dah sekian lama aku x menulis pada blog ini hinggakan bila sahaja jari jemari ini mula bertapak di keyboard yang semakin berhabuk akibat kian dilupakan, jari jemari ini seperti kaku dan tidak bermaya.. tidak seperti dulu, sewaktu aku hidup tanpa dilema dan kerisauan..semuanya terlalu mudah. aku hanya perlu duduk tanpa perlu melihat skrin didepan mata dan hanya membiarkan jari jemari bergerak pantas menulis apa yang terjana di kepala..mudah, cukup mudah

bila aku belek kalendar di atas meja. Aku sedikit terharu, rupanya sudah beberapa bulan berlalu semenjak kali terakhir aku menulis, memberikan jiwa kepada blog ini. walaupun aku terasa seperti baru sahaja aku menulis tapi fakta dan data yang tertulis diatas kalendar menjadi saksi penting betapa masa berlalu begitu pantas dan tidak pernah walau sedetik, aku berjaya mencuri waktu untuk menulis.

Mungkin kerana itu, kebelakangan ini..jiwaku semakin lesu

aku tidak mahu menjadi orang bekerja yang terlalu tipikal. Setiap hari dalam hidup berlalu pantas tanpa ada kesempatan mempergunakannya untuk memuaskan diri.

blogging? pada aku blogging adalah satu medium untuk aku berfikir, untuk aku memahami diri.
untuk aku keluar dari kebosanan ini.

pada aku, blogging adalah Pit Stop yang perlu




" No matter how fast you go, always stop for a moment and refresh the next idea before going"
x-m kazikarin