Wednesday, November 25, 2009














































Gonna Miss her...T_T


Semalam hari last kak Ain kat Transwater...

Pagi ni aku masuk opis, tgok tempat dia..kosong je..dulu kak sal benti..ni kak ain, pasni kak ecah pun mungkin nk benti gak..hurm...kat sini, dorang la yg selalu layan perangai gilo2 aku..

Pasni kak ain dh xde...Dia dah pergi keje kat Public Bank...Good for Her though..

tapi.........

sape nk menyanyi lagu dangdut petang2 time sume org dh penat?

Sape nk nasihat2 aku mcm pakar motivasi..

sape nk offer aku roti

sape nk senyum2 kat aku

sape nk layan kesengalan aku

Sape yg aku nk pheewittt pepagi

Sape nk wt sexual harrasment kat aku..keh3....

Nampaknya xde pilihan lain la... kak ecah arr kene wt semua tu......

hahahaha..ko sedia jela kak ecah.....

Sunday, November 22, 2009

Gua Layan Hujan beb..keh3

Haritu aku lepak2 umah bash..tibe3 paka ajak g Showcase Hujan...aku pun pikir2...dan aku katakan ok...

Aku bukanla ape yg org katakan kipas susah mati hujan..apatah lagi gerimis mahupun ribut badai..tapi,,theres nothing wrong to just go and layan kan...hua2..

Aku zul ngn paka..masing2 x hafal lirik...taunyer melompat pastu sebut je ape yg dirasakan hampir sama..dah mcm org meroyan

3 lagu je..pastu aku OUT!!!...penat giler babeng..duk lepak kedai mamak lagi best..hahahaha

Pape pun, layankan jela gambar2 dibawah..(aku selitkan sekali gambar kirk, bash masa kat Taman rekreasi Keramat)..Yoshhh.......


Zul dan aku menunjukkan gaya yang kununnya Hujan's Fan...keh3

Kumpulan Hujan...Showanship mamat yang bernama Noh ni mmg superb..respek lu

sebenarnya gambar cmni..amik kat umah pun boleh..huhuhu..xnampak background..hampehnyer fotographer
Mcm cover album x?hehehehe

aku x tau dh nk komen..sengal sangat perbuatan ni

Kununnyer mencari tempat
Pose terbaik sikit..wuuhuuuuu...he3 Aku dan Kirk ( aku mcm besar kan)


Nampak sangat kebesarannya aku..keh3..budak botak disebelah kanan adalah Bashori

Monday, November 16, 2009

Adab Berhadapan Dengan Suami

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


Bestnyer kalau isteri aku yg tercinta nanti manjakan aku cmni..hihihi..


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Wassalam..

*Kredit kepada penulis

Tuesday, November 10, 2009

Kembali ke Sekolah

Aku yang lengkap berpakaian uniform sekolah berbaju putih dan berseluar hijau. Keluar dari rumah, pantas terbujur sekujur tubuh yang amat aku kenal. Helmi, kawan sekolah rendah..pelik, fikirku dalam hati... xpernah2 emy (nama panggilan beliau) dtg nk saing jalan kaki ngn aku... dan alang2 beliau dah ada..aku xkisah pun, jalan jela..

sepanjang perjalanan yang hampir 1km tu, aku lihat banyak sangat buah durian diatas pokok, dan lebih banyak lagi buah durian yang terletak di pinggiran jalan. Beberapa kanak kanak leka mengupas buah durian dan makan sepuasnya.. aku nk singgah, tapi memikirkan yang baju aku nnt akan kotor untuk ke sekolah..aku batalkan niat hati..kakiku terus melangkah

dalam perjalanan, bnyak jugak aku sembang ngn emy..dan macam biasa, topik kami tidak terbatas kepada satu dua perkara, terlalu banyak sangat perkara yang dibualkan bermula dari topik sekolah,cikgu hinggalah ke topik ekonomi dunia yang semakin pulih... Dalam x sedar, kami berdua sudah hampir benar dengan sekolah.. dan dalam beberapa ketika, kaki kami berada betul2 di depan pagar Sekolah Menengah Pemanis..Yosh!!!

Emy melangkah melintas pagar tapi selepas beberapa langkah, hanya kelibat emy seorang yang melepasi pagar.... beliau menoleh kebelakang dan melihat pada aku.

"jom la... kau xnk masuk ke?" kata Emy membuat aku tersentak...

Entah kenapa... ketika itu juga, terlalu banyak sangat perkara bermain difikiran aku...

aku dah tingkatan 4, sekarang dah bulan 3..tapi aku belum mendaftar lagi ke sekolah..nk ke aku sekolah disini?? semua soalan meluru pantas kedalam minda.. aku terdiam..ape aku nk belajar? semua orang dah jauh..tapi aku? aku masih dibelakang...sekarang ke masa untuk bermula semula? atau patut aku pulang?

Niat hati, nk terus masuk..melihat rakan rakan yang gembira di kelas..tapi entah kenapa..kaki aku ingkar, tidak mahu mengikut kemahuan hati..

Kenapa? kenapa kaki aku bertindak begini..aku keliru..aku confused...kaki aku berpusing dan menuju ketempat lain..terlalu laju untuk aku katakan berjalan..seakan akan berlari...Ya, dan aku berlari sekuat hati...

Sampai di tebing sungai..aku berhenti, menarik nafas sedalam dalamnya..kenapa tubuh ini tidak mengikut kata hati?

aku nk pg sekolah!!!! jerit aku sendiri.....

'kenapa kau nk pg sekolah?' kata satu suara yang datang kepada aku..

aku menoleh..terlihat kelibat satu tubuh, tapi xdpt aku cam siapa..aku cuba pandang lagi..masih x dpt aku lihat.. aku berdiri, berjalan menuju kearah beliau..

dan sekali lagi beliau bertanya..

'kenapa kau nk pg sekolah?.....kau sekarang buat ape?" soalan yang agak bertubi tubi dan membuat aku semakin keliru..

Hati aku terdiam..kosong..tiada jawapan..dan tiba tiba, bibir aku yang terkatup sekian lama mula berbicara..

Aku Mohd Norazam..Seorang Jurutera.. bukan pelajar...

Disaat itu, akal yang sekian lama hanya memerhati tiba2 bagai dipukul untuk sedar...

Ya, aku jurutera..aku dah kerja..buat ape nk pg sekolah..

Mata yang tertutup juga lantas terbuka..aku pandang kanan dan kiri..tersembul muka zul kat sebelah...sh&t!!

rupanya aku masih dirumah...damn...... tgok jam baru kul 5 pagi..

Mungkin stress keje di pejabat yang belum selesai, konflik kecil bersama Khalizatul, api dendam yang masih berbara dan keletihan yang teramat sangat menyebabkan aku tertidur tanpa rela...

damn..im gonna need some time alone

Monday, November 9, 2009

Macam Aku ke???

malam kelmarin aku ngn zul g lepak makan Laksa kat umah kak ain..mula mula aku sampai tu, umah kak ain cuma ada aku, zul ngn kak ain je..so kuat la jugak kami bersembang bertiga..Zul yang x kenal kak ain pun sempat membuat loyar buruk stail kedah beliau...

Baru semangkuk aku laksa aku makan, tetibe ada orang bagi salam, rupenye tetamu lain baru datang..ada 3 orang pompuan, dak dari Transwater Shah Alam kot.. since aku x kenal, maka aku pun senyap jela..dan aku ngn Zul yang berckp penuh semangat tadi tunduk sopan dan makan laksa..senyap2 pun kami tambah semangkuk lagi..hahaha..memang macam mangkuk dah jadinya..

balik tu, aku parking keta kat area umah plat depan mentari court, parking agak jauh tapi lebih baik dari disaman RM 100 sebab parking tepi jalan..huh!! Budus nyer MBPJ.. dah kat situ je aku ley parking, aku parking la kat situ..ok sambung..

Sedang aku dlam perjalanan pulang menuju ke Mentari court, aku ternampak ada satu mak cik yang menolak kerusi rodanya di celah2 kereta yang lalu lalang.. aku pandang Zul, Zul pandang aku...bodoh sungguh kami berdua!! marah aku pada diri sendiri..sebab ape aku marah? sebabnya, dari kecik mak aku ajar, kalau dh nampak mcm tu, xyah pikir..tolong je tolak..tapi kami berdua yang mangkuk ni...ley amik masa dalam 45 saat untuk berfikir..shit!!! aku dh jadi orang KL..orang KL yang tak berhati perut...

Menyedari keadaan itu, aku ngn Zul terus pg kat Mak cik dan tolak dia..aku tnya la, mak cik nk pergi mana..dah la lewat malam,hujan renyai2 plak tu..

bersambung......kui3

Sunday, November 1, 2009

NINJA~

Last week aku ngn Bash lepak kat Wangsa Mall. Sebab kami berdua x pernah pegi sana n rasa nk makan yang sedikit berbeza, kami lepak la kat sana.. sampai disana kami call haidar dan kami melepak bersama.

review ttg Wangsa Walk

aku bagi 2/10 je..2 tu untuk kecantikan dia dari luar..selebihnya hampesss.....ATM machine pun xde. Aku ngn Bash dah la ngah lapar giler...duit ada rm3..cmner..hahaha...

nasib bek Haidar dtg, memberi petunjuk bahawa ada ATM diluar bangunan... (kami bukan miskin yer)..hahaha..kuarkan duit then kami pg makan..besh..(aku rasa nnt haidar update kat blog dia pasal makanan..so aku xnk review panjang2)

Kemudian Haidar yang baru abis peperiksaan sehari sebelumnya mengajak kami menonton wayang..di Pavilion....maka perjalanan diteruskan kesana-

Sampai Pavilion, kami menghadapi sedikit konflik ttg cerita apa yang perlu ditonton.. aku mengesyorkan WHITEOUT atau JENNIFER'S BODY..tapi kata Bash

"iskh, aku xnk amik risiko..kalau x best mcm mana? mahal tiket ni.." kata beliau seakan mengancam jiwa dan raga ku..

Dengan beranggapan cerita yang bertajuk NINJA mcm smart..maka kami pun beli tiket cerita itu..RM 12 satu tiket..

Adalah ingin diberitahu, sebelum beli...aku tnya brader yang jual tiket tu..best x citer ni..dan dia menjawab TIDAK..sebab x puas hati, kami tnya dua tiga kali hingga akhirnya beliau dengan tidak rela menjawab YA..

review cerita ini-

Cerita ni (let me spell it for you) S.A.M.P.A.H= SAMPAH!!!!

Storyline mcm shit, xde kaitan anatara satu sama lain, pelakon2 yang macam berlakon cter RTM dan paling aku bengang..Orang jahat dia sangat LAME..mcm orang jahat time cter Van Damme dulu( tahun 1994/1995)..Ninja mmg cter yang F&cK giler....

Kalau aku nk list, dari mula sampai habis aku ley kutuk, tapi karang berguni aku mencarut, so bek aku benti..hahaha

Damn, terkubur RM 12 begitu sahaja

Pesanan aku pada korang

1- Tak yah tgok cter ni
2- Dengar pendapat cashier
3- Jangan dengar cakap Bash..hahahaha